Monday, May 19, 2008

Pameran Foto

Pada 18Mei 2008, Pameran Foto telah diadakan oleh Kelab Seni Foto Budaya. Turut serta mengisi program ialah Persembahan Kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan,Pameran serta jualan oleh pelajar UiTM,jualan lukisan pihak Galeri ,jualan barangan kraf dan juga baju.Program ini berlangsung hasil kerjasama bersama MBSA dan amat mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung pada hari tersebut.

Jualan dari pelajar UiTM dilihat sangat berseni dan menarik,begitu juga dengan pihak Galeri Shah Alam. Gambar dari Kelab Foto Seni Budaya juga dilihat begitu cantik dan mempunyai seni nya tersendiri ,persembahan tarian dan nyanyian juga dapat menghiburkan pengunjung yang hadir. Anggaran 150orang yang menghadiri program pada hari ini - Puspa


Antara jualan lukisan oleh pihak Galeri Shah Alam


Pameran foto oleh Kelab Seni Foto Budaya





Program Juara Karaoke 11 Mei

Juara Karaoke telah berlangsung dipentas laman Budaya.Penyertaan adalah menggalakkan.Lagu yang dipilih kebanyakkan lebih kepada penyanyi-penyanyi lama.Mungkin lagu-lagu pada masa lalu lebih bernostalgia dari lagu pada masa kini.Juri yang hadir adalah seramai 3 orang.

Pada hari tersebut juga telah dijemput artis undangan, Roy bagi memeriahkan program yang berlangsung.Ternyata menjemput dan membayar beliau tidak mengecewakan kerana lagu yang disampaikan dan cara beliau berinteraksi dengan penonton ,amat menghiburkan.

Terdapat jualan barangan kraf seperti biasa dan juga kombo yang bermain muzik pada hari itu bagi mengiringi nyanyian Roy adalah ahli muzik daripada MBSA,jika dilihat pada usia ,memang padan dengan pengalaman mereka.Muzik yang dimainkan sangat bertenaga dan telah menghiburkan pengunjung yang hadir-Puspa

Roy yang menghiburkan pengunjung


Antara pemuzik dari MBSA yang bermain bagi mengiringi Roy pada hari tersebut

Pameran dan Demo permainan Gasing

Persembahan tarian dari pelajar sekolah



Demonstrasi gasing



Tunjuk ajar cara bermain gasing


Tanggal 4 Mei 2008J abatan Kebudayaan Kesenian Negeri Selangor dan kerjasama bersama MBSA telah mengadakan pameran gasing dan demo kepada pengunjung yang hadir.Pada hari tersebut dapat dilihat adik-adik yang baru berusia 8 hingga 12 tahun yang bermain gasing dengan penuh gaya.Melihat beberapa orang baru yang mencuba permainan ini,ramai yang tidak menjadi. Jika anda tidak punya pengetahuan tentang gasing,pasti sukar untuk melaksanakannya.


Pada hari yang sama juga terdapat persembahan tarian dan nyanyian dari pelajar sekolah rendah yang diundang oleh JKKNS. Disamping beberapa gerai jualan yang menjual barangan kraf.Sambutan yang diberikan semakin hari semakin baik,penambahan pengunjung kini semakin memberangsangkan. Pengunjung yang menghadiri program hari ini secara rawak adalah 100orang Tahniah buat Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Selangor,MBSA dan mereka yang terlibat untuk menjayakan program kesenian seperti ini -Puspa