Monday, July 20, 2009

D'MUZIK@LB - "KAMI ANAK MALAYSIA"

Program D'Muzik @ LB pada minggu ini bertemakan “Kami Anak Malaysia” di mana ia sebagai salah satu medium memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat melalui muzik.

Para pengujung akan dihiburkan dengan persembahan oleh peserta pertadingan D’Muzik@LB dan juga persembahan artis jemputan Roy yang akan diiringi oleh Kombo MBSA. Selain itu, persembahan puisi juga akan mengisi slot pada petang tersebut.

Kemuncak acara ialah nyanyian dan mengibar jalur gemilang secara beramai-ramai di kalangan pengunjung. Semua dijemput kesana!!!

Thursday, July 16, 2009

PSS - Muzikal Teater, Tarian dan Pameran

Program Pusat Seni Setempat (PSS) pada minggu ini akan menampilkan persembahan muzikal teater dari Sekolah Kebangsaan Bukit Subang. Persembahan tarian dari Sek Keb Sultan Alam Shah 2 dan Sek. Men Keb Batu Unjur juga akan mengisi slot pada petang itu.

Para pengunjung juga turut berpeluang untuk melihat pameran permainan tradisional seperti gasing, congkak dan sebagainya. Semua dijemput hadir!

Tuesday, July 7, 2009

Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd serta sokongan penuh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Marhaban dan Berzanjii Selangor 2009. Pertandingan ini merupakan salah satu slot bagi “SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA”. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda dalam merapatkan hubungan masyarakat serta dapat mengembalikan seni tradisi yang telah lama diwarisi.

Lokasi

Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam

Tarikh


Program ini akan diadakan pada bulan 8 & 9 Ogos 2009.
Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh layari www.mbsa.gov.my