Monday, December 16, 2013

Muzika Shah Alam penutup tirai program seni di LBSA 2013!

Kemeriahan Muzika Shah Alam menjadi edisi penutup program kebudayaan dan kesenian 2013. Dengan pelbagai program yang direncana telah berlangsung dengan baik pada 14 dan 15 Disember di Laman Budaya Shah Alam. Bagi peminat teater, bingkisan istimewa teater Muzikal Hentian dengan menampilkan lebih 20 pelakan berbakat. Ia telah dipertontonkan pada orang ramai pada 14 Disember (Sabtu). Muzika Shah Alam yang bertagline Seni Untuk Semua meneruskan agenda program pada 15 Disember dengan Permainan Rakyat oleh Guli Geng dan lebih 100 orang peserta yang turut mengambil bahagian. Ia berlangsung pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini juga mendapat liputan dari TV3.  Pada jam 3.00 petang pula telah berlangsung persembahan pentas istimewa dengan menampilkan showcase kombo MBSA, gerak tari oleh beberapa kumpulan, persembahan silat, puisi oleh Budayawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan dan para pemuisi lain, persembahan oleh artis popular Amylea Azizan dan Kumpulan FORTEEN. Program ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil JKKNS, Kementerian Kebudayaan & Pelancongan, para peminat seni budaya dan para pegwai MBSA seperti En Shahrin Ahmad dan Puan Fakhizah. Lebih 500 orang berkunjung ke program tersebut.

Festival Bimbingan Budaya & Apresiasi Seni Budaya 2013



Layar Tanchap "Hijrah"


Friday, November 29, 2013

Program Pusat Seni di Akhir November

PSS di penghujung November telah diadakan pada 24 November 2013 di Laman Budaya Tasik Shah Alam
kali ini Laman Budaya telah membawa kumpulan Teater kanak-kanak yang telah disajikan kepada pengunjung Laman Budaya Shah Alam.













Thursday, November 21, 2013



Program Usik Warisan

Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, MBSA telah berkerjasama dengan Pusat Kebudayaan UiTM dalam menjayakan program Usik Warisan yang menampilkan pelbagai tarian kebudayaan.

Berikut merupakan nama-nama pemenang Usik Warisan :-

Johan                          :           Kumpulan Melati

Naib Johan                :           Kumpulan Anggerik

Ketiga                         :           Kumpulan Perindu

Kostum Terbaik       :           Kumpulan Melati

Koreografer               :           Kumpulan Melati
Terbaik          

Kumpulan                  :           Kumpulan Seroja

Harapan













Wednesday, November 20, 2013

Pertandingan Instrumentalis

Pertandingan Instrumentalis “Sound Of Rhythm” telah diadakan pada 10 November 2013 di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam.  Pertandingan ini terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah Menengah dan IPT.

Peserta bebas membuat persembahan seperti persembahan Band, Koir, Persembahan Solo alat muzik , Coral Speaking, percussion dan nyanyian secara acapella. Pertandingan tersebut  telah diadili oleh 3 orang hakim iaitu En. Aznul Haidi bin Mohd Azmi daripada fakulti Muzik UiTM Shah Alam, En. Ku Shahril Azli bin Ku Shaari daripada Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Selangor (JKKN) dan En. Mohd Zulfahmee bin Ismail wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Korporat.

Terdapat 10 buah kumpulan yang mengambil bahagian dan masing-masing membawa 2 buah persembahan. Lebih 700 pengunjung yang menghadiri program tersebut. Sementelahan itu, orang ramai turut dihiburkan oleh residen artis MBSA serta penampilan khas oleh kumpulan khas oleh artis remaja popular tanah air iaitu kumpulan Forteen.

Pemenang tempat pertama membawa wang tunai RM 2,000.00, tempat kedua RM 1,500.00, tempat ketiga RM 1,000.00, Best Showcase RM 700.00 dan 4 tempat saguhati RM 500.00 serta sijil penyertaan.

Berikut merupakan nama-nama pemenang :-

Tempat pertama        :           Nada Akustika
Tempat kedua           :           Shines Choir
Tempat ketiga           :           The Nose

Saguhati                    :           Black Bird
                                     :           Dolcissimo
                                     :           Four Bros
                                     :           Permata Choir


Best Showcase        :           Trazz             


























Friday, November 1, 2013

INFO : Pertandingan Instrumentalis, ia terbuka kepada yang berbakat dalam instrumen muzik, band, percussion, koir, acapella dan choral speaking. Terbuka untuk pelajar IPT& Pelajar Sekolah Menengah. Ekspresikan bakat anda! Penyertaan adalah percuma dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.



Info: Borang-borang yang telah diisi bolehlah dikembalikan melalui email lamanbudaya@yahoo.com atau fahmee_pr@yahoo.com. Bagi memudahkan pendaftaran, anda juga boleh wasap kepada nombor yang tertera di poster. Terima kasih :)

Borang Pertandingan Instrumentalis - "Sound Of Rhythm"