Tuesday, August 4, 2009

Pertandingan Marhaban & Berzanji Selangor 2009

Sempena Muzikal Extravaganza 2009, kami bawakan anda Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009! Bersama saksikan ritmanya!

Sunday, August 2, 2009

Selangor Muzikal Extravanganza (sisipan2)





Hari ini merupakan Hari ke 2 SME09. Pelbagai program yang menarik telah disusun bagi melengkapkan hujung minggu orang ramai.

1. Laman Budaya Shah Alam - Seawal jam 8.30, pendaftaran bagi Pertandingan Tarian Kontemporari telah diadakan. Ia telah melibatkan 5 buah sekolah rendah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah menobatkan Sek. Keb. Puncak Perdana 2 sebagai johan pertandingan. Orang begitu teruja dengan persembahan mantap oleh sekolah-sekolah yang bertanding. Lebih meriah apabila program turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan joget lambak beramai-ramai. Agenda petang di Laman Budaya diteruskan dengan persembahan band-band amatur dari Orannge Studio
2. Taman Tasik Shah Alam - Seperti 1 Ogos semalam, Festival Jal. Dataran Shah Alam - Keberlansungan SME09 terserlah dengan persembahan Indie, baca naskah, usratika dan gendang anak.

Selangor Muzikal Extravanganza (sisipan1)

1 OGOS- Shah Alam, Selangor Muzikal Extravaganza mengisi kalander Ogos. Bertemakan Festival Muzik Terunggul Selangor 2009, yang menyaksikan program ini akan berlansung selama 9 Hari di 6 Lokasi dan menampilkan berpuluh persembahan.
Sekitar 1 OGOS
1. Dataran Shah Alam telah berlansung Brass Band Competition dan Drum Line Competition di mana menyaksikan 5 buah sekolah mengambil bahagian dan Sek Men Tinggi Klang dinobatkan sebagai johan pertandingan. Pada jam 2 petang telah berlansungnya acara perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan & Alam Sekitar. Di sebelah petang, Dataran Shah Alam dimeriahkan dengan persembahan tugu dram dan persembahan akustik.
2. Laman Budaya - Bermula jam 5 petang, Laman Budaya diisi dengan slot persembahan pentas oleh kumpulam muzik amatur. Kemeriahan dan persembahan jelas bertenaga oleh 8 kumpulan jemputan.
3. Taman Tasik Shah Alam - Bersebelahan Laman Budaya, program Festival Jalanan telah mengambil tempat dalam menyemarakkan lagi aktiviti kesenian. Pelbagai program seperti persembahan Chempoling, Silamban, permainan tradisional dan pelbagai lagi telah menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama merasai keseronakkan SME 09.
4. Stadium Malawati - Telah berlansung Konsert Antara Dunia iaitu konsert nasyid yang menampilkan artis-artis seperti Rabbani, Hijjaz dan ramai lagi.

Monday, July 20, 2009

D'MUZIK@LB - "KAMI ANAK MALAYSIA"

Program D'Muzik @ LB pada minggu ini bertemakan “Kami Anak Malaysia” di mana ia sebagai salah satu medium memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat melalui muzik.

Para pengujung akan dihiburkan dengan persembahan oleh peserta pertadingan D’Muzik@LB dan juga persembahan artis jemputan Roy yang akan diiringi oleh Kombo MBSA. Selain itu, persembahan puisi juga akan mengisi slot pada petang tersebut.

Kemuncak acara ialah nyanyian dan mengibar jalur gemilang secara beramai-ramai di kalangan pengunjung. Semua dijemput kesana!!!

Thursday, July 16, 2009

PSS - Muzikal Teater, Tarian dan Pameran

Program Pusat Seni Setempat (PSS) pada minggu ini akan menampilkan persembahan muzikal teater dari Sekolah Kebangsaan Bukit Subang. Persembahan tarian dari Sek Keb Sultan Alam Shah 2 dan Sek. Men Keb Batu Unjur juga akan mengisi slot pada petang itu.

Para pengunjung juga turut berpeluang untuk melihat pameran permainan tradisional seperti gasing, congkak dan sebagainya. Semua dijemput hadir!

Tuesday, July 7, 2009

Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd serta sokongan penuh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Marhaban dan Berzanjii Selangor 2009. Pertandingan ini merupakan salah satu slot bagi “SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA”. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda dalam merapatkan hubungan masyarakat serta dapat mengembalikan seni tradisi yang telah lama diwarisi.

Lokasi

Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam

Tarikh


Program ini akan diadakan pada bulan 8 & 9 Ogos 2009.
Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh layari www.mbsa.gov.my