Wednesday, April 10, 2013

PSS 7 April tampilkan konsep kemanusian dan Ketuhanan

LBSA sekali lagi menyusun agenda seni santai untuk warga Shah Alam untuk Program Pusat Seni Setempat (PSS) pada 7 April 2013.  Kali ini persembahan adalah berkonsepkan kemanusiaan dan ketuhanan. 

Lebih dari 200 pengunjung hadir untuk menyaksikan persembahan yang telah disusunkan oleh tenaga kreatif LBSA, antaranya ialah persembahan tarian dari Kumpulan Kesenian Shah Alam dan persembahan nyanyian dari residen artis Shah Alam bersama Kombo MBSA. 

Pada sesi akhir, pengunjung berpeluang untuk mempelajari cara bermain perkusi secara percuma bersama Shah Alam Drum Circle (SADC).

Thursday, March 21, 2013

"Shah Alam Talent Time"


Program santai PSS edisi 17 Mac membawakan “Shah Alam Talentime”. Program yang sepatutnya dijadualkan pada jam 3.00 petang terpaksa diadakan pada jam 5.00 petang memandangkan hujan lebat  melanda bandaraya Shah Alam.

Pentas LBSA dibuka dengan persembahan daripada residen  artis MBSA iaitu Shahz dengan melantun dua buah lagu iaitu ”Cuba-Faizal Tahir” dan ”Goodbye-Air Supply” .  Program “Shah Alam Talentime”  menampilkan 14 persembahan para pelajar SMK Seksyen 9  yang terdiri daripada nyanyian secara berkumpulan, duo, solo dan juga tarian.

Ternyata adik adik ini mempunyai bakat yang bakal menghiasi industri kreatif  tanah air. Pihak produksi LBSA memilih 5 persembahan terbaik pada hari itu iaitu Edry Farhan Rosli, AiAI & Buck, Defranco, Nazeera Shukor dan Locomotive yang masing-masing membawa hadiah wang tunai sebagai galakan. Mereka juga akan diberi peluang untuk beraksi di lain acara!

Program kali ini telah menarik minat seramai 500 orang yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.  Tirai LBSA pada petang itu ditutup dengan sajian halwa telinga oleh kumpulan “Shah Alam Drum Circle”

Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul

Assalamualaikum dan salam perpaduan semua, 

Pihak tenaga kreatif ingin memaklumkan bahawa pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul akan kembali menemui para peserta hebat pada 13 April 2013 yang akan berlangsung di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. 

Kepada para guru,ibu-bapa dan adik-adik semua, sila muat turun borang penyertan dan syarat-syarat pada pautan di bawah ini.



https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3aV9UNG9na3Zua2c/edit?usp=sharing

Monday, March 4, 2013

Penulis prolifik serikan PSS 3 Mac

Program Seni Setempat edisi 3 Mac tetap berlangsung walaupun hujan lebat yang diselangi petir melanda Laman Budaya Shah Alam. PSS tergendala buat seketika memandangkan berlaku pintasan elektrik. Tenaga kreatif LBSA berusaha sebaik mungkin dan keadaan pulih seperti sediakala.

Penulis prolifik tanah air yang juga pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Raihani Mohd Saaid turut beraksi membaca 2 buah puisi. Beliau yang juga merupakan anak kepada Budayawan negara Dr Zurinah Hassan dengan penuh bersahaja menyakinkan para penonton setia.

Turut membuat persembahan ialah kumpulan tari, kombo MBSA yang mengiringi residen artis Shahz dan Wawa serta penyanyi jemputan Syidah. Pada kali ini program pembelajaran perkusi bersama SADC ditukar kepada persembahan khas SADC untuk pengunjung laman budaya.

Tuesday, February 5, 2013

Monolog pukau penonton di LBSA

Tarian moden yang bertenaga

Gerak tari kreasi sebagai pembukaan

Berpadu suara menyanyikan lagu Hijau oleh pelantun residen artis Shah Alam
Meme, Syahz dan Wawa

Bersahaja tetapi pernuh ekspresi, monolog oleh Naque

Persembahan puisi dan monolog oleh penggiat muda Naque Ariffin berjaya memukau peminat seni di Laman Budaya Shah Alam. Tanpa menyarungkan kasut, Naque Ariffin berjaya menonjolkan ekspresi yang tersendiri. Pada petang itu juga penonton disajikan dengan persembahan tarian dan showcase kombo MBSA yang membariskan pemuzik profesional dan residen artis Shah Alam. Lebih dari 350 orang yang hadir ke program tersebut.
Sesi pembelajaran perkusi bersama Shah Alam Drum Circle juga mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung LBSA petang itu. Kemeriahan tetap terasa walaupun dipenghujung program hujan turun dengan lebatnya.