Program malam Puisi Riong Shah Alam anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam dan Berita Harian
Wednesday, September 4, 2013
Thursday, June 20, 2013
Malam Puisi Riong Shah Alam kembali!!!
Pada kali
ini MPR-SHAH ALAM mengangkat tema "SEKILAS KASIH" yang menekankan elemen Ketuhanan, Cinta Rasul, Kemanusian, Kenegaraan dan Alam.
Bakal berlangsung pada 28 Jun 2013 di Laman Budaya Shah Alam yang merupakan hub
seni seni di Shah Alam. Ia merupakan kali ke 4 kerjasama jitu antara BH-MBSA. Masuk adalah percuma.
Sasterawan Negara yang Ke 12 iaitu Y.Bhg Dato’ Baha Zain akan beraksi. Selain itu, pentas LBSA juga akan menyaksikan persembahan Alyah, Aizat, Black, Pak Agi, Imam Muda Najdi, Raihani Mohd Saaid, Imran Rashidi Ibrahim, Mohd Hatta Mohd Yatim, Naque Ariffin dll. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan membawakan puisi “Sekilas Kasih” dan nyanyian secara koir.
Sasterawan Negara yang Ke 12 iaitu Y.Bhg Dato’ Baha Zain akan beraksi. Selain itu, pentas LBSA juga akan menyaksikan persembahan Alyah, Aizat, Black, Pak Agi, Imam Muda Najdi, Raihani Mohd Saaid, Imran Rashidi Ibrahim, Mohd Hatta Mohd Yatim, Naque Ariffin dll. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan membawakan puisi “Sekilas Kasih” dan nyanyian secara koir.
Turut tampil
ialah para pelajar cilik yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi Sakinah
dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam. Pada kali ini MPR-SHAH ALAM
merentasi 4 generasi utama, iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan orang lama.
Dalam pada itu, gerak tari patriotik dan kemanusian akan dizahirkan oleh
Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA)
Rangkuman PSS edisi Jun
LBSA tidak lekang dari aktiviti seni budaya, edisi Jun iaitu 2 dan 16 Jun tarikh yang telah direncana bagi aktiviti seni di Shah Alam. Persembahan kombo MBSA dan seni jalanan antara yang mengisi slot persembahan di LBSA. Seperti biasa, para pengujung juga berpeluang untuk mempelajari perkusi secara percuma bersama (S.A.D.C)!
BOCO di Shah Alam
BOCO telah berkampung di Laman Budaya Shah Alam. Lebih 800 pengunjung hadir ke program tersebut. Terdapat pameran dan jualan buku-buku. Lebih seronok kerana para pengunjung disajikan dengan pelabagi persembahan seperti puisi, nyanyian secara akustik, solo, trio dan seni jalanan yang lain.
Friday, April 26, 2013
Sorotan di Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor
Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 22 & 23 April 2013 bertempat di Dewan Bankuet MBSA di bawah program Pusat Seni Setempat. Ia adalah program kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor dan MBSA. Tema yang diangkat pada tahun ini ialah “Al-Quran Penjana Wasatiah Ummah”.
Festival ini adalah satu usaha untuk
menghidupkan sunah yang diharapkan akan menjadi acuan kehidupan remaja masa
kini di samping untuk mencungkil bakat dan membuka ruang untuk menimba ilmu
kepada para peserta. Festival ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah
dan menengah daripada semua daerah di negeri Selangor
Program ini merupakan program
tahunan yang diadakan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
Program ini mengumpulkan peserta terbaik di peringkat Sekolah Rendah dan juga
Sekolah Menengah daripada semua daerah di Negeri Selangor. Mereka bersaing
secara sihat untuk menentukan “juara diantara juara-juara”.
Keputusan pertandingan bagi kategori
sekolah menengah telah menyaksikan kontijen dari Klang telah menjuarai Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Selangor
Tahun 1434H/2013M. Sementara itu, Naib Johan disandang oleh kontijen Kuala
Selangor dan tempat ketiga pula ialah milik kontijen Sepang. Bagi kuputusan
kategori sekolah rendah pula yang berlangsung pada 23 April telah menobatkan kontijen
dari Daerah Gombak. Naib Johan disandang oleh kontijen Petaling Perdana dan
tempat ketiga pula ialah milik kontijen mewakili daerah Klang.
Juara pertandingan bagi kedua-dua kategori
tersebut akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung
di Negeri Kedah. Lebih 1800 orang tetamu yang hadir bagi menyaksikan
pertandingan pada 22-23 April yang lalu. Program yang dianjurkan juga telah
mencapai objektifnya.
Wednesday, April 17, 2013
Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul telah jangkaui 5 tahun!
Pertandingan Bercerita Sirah-sirah Rasul 2013 telah usai dilaksanakan pada 13 April 2013 di Plaza Shah Alam. Pertandingan ini merupakan kali kelima dan merupakan edisi terakhir selepas 5 tahun pelaksanaanya. Program tersebut berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Plaza Shah Alam. Ia turut mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pertandingan ini bertujuan
melestarikan hubungan silaturrahim warga bandaraya Shah Alam. Ia bukan sahaja
memberi hiburan yang berbentuk ilmiah malah ia memupuk rasa cinta tehadap para
Rasul. Sementara itu, pertandingan ini adalah pemangkin dalam meningkatkan
kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta.
Pada kali ini penganjur
menghadkan 40 orang peserta akhir yang terbaik sahaja yang mewakili sekolah
atau daerah masing-masing. Peringkat saringan telahpun dibuat di sekolah dan
daerah masing-masing.
Sementelahan itu, orang ramai
juga dihiburkan dengan penampilan maskot Aliff dan Anis dari Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), persembahan dari residen artis serta Kombo
MBSA dan Kumpulan Kebudayaan Shah Alam (KKSA). Program tersebut telah dikemudi
oleh 3 pengacara iatu Wan Nor Mazuani (Naib Johan Program realiti Solehah TV
Al-Hijrah), personaliti TV9 iaitu Farah Adeeba dan turut dibantu oleh En Mohd
Zulfahmee Ismail.
Pemenang bagi kedua-dua
kategori tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300.00, RM 200.00 dan
RM150.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
Pemenang saguhati membawa pulang sijil penyertaan dan hadiah iringan
manakala pemenang bagi persembahan terbaik membawa pulang wang tunai RM 50.00
dan sijil penyertaan. Penyampaian hadiah
telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar
bin Hj Mohd Atan.
Berikut merupakan nama-nama pemenang bagi Pertandingan Bercerita
Sirah-Sirah Rasul 2013
Kategori
perempuan :
Tempat pertama : Nur Ellysa
Mu’izz Bte Mohd Zaini
Tempat
Kedua : Nurul
Farihah Bt Khairul Fasilin
Tempat
Ketiga : Yasmein
Bt Yuhaimi
Persembahan Terbaik : Nut Afrin Najat
Kategori lelaki :
Tempat
Pertama : Imam
Ahmad Bin Mohd Rizal
Tempat
Kedua : Muhammad
Harith Imtiaz Bin Mohd Nizam
Tempat
Ketiga : Ahmad
Basyir Bin Baharudin
Persembahan
Terbaik : Imam Ahmad Bin Mohd Rizal
Wednesday, April 10, 2013
SENARAI GILIRAN PESERTA PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH-SIRAH RASUL
Assalamualaikum buat para guru, ibu-bapa dan adik-adik peserta Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul. Di sini, pihak produksi ingin memaklumkan mengenai senarai nombor giliran yang telah pun diundi oleh pihak urusetia.
Sila semak dipautan yang telah disediakan. Selamat bertanding yea adik-adik! Jumpa di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Sabtu jam 9.00 pagi... :)
https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3S294M1NCYTJ1TGc/edit?usp=sharing
Sila semak dipautan yang telah disediakan. Selamat bertanding yea adik-adik! Jumpa di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Sabtu jam 9.00 pagi... :)
https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3S294M1NCYTJ1TGc/edit?usp=sharing
Subscribe to:
Posts (Atom)