Thursday, November 21, 2013



Program Usik Warisan

Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, MBSA telah berkerjasama dengan Pusat Kebudayaan UiTM dalam menjayakan program Usik Warisan yang menampilkan pelbagai tarian kebudayaan.

Berikut merupakan nama-nama pemenang Usik Warisan :-

Johan                          :           Kumpulan Melati

Naib Johan                :           Kumpulan Anggerik

Ketiga                         :           Kumpulan Perindu

Kostum Terbaik       :           Kumpulan Melati

Koreografer               :           Kumpulan Melati
Terbaik          

Kumpulan                  :           Kumpulan Seroja

Harapan













Wednesday, November 20, 2013

Pertandingan Instrumentalis

Pertandingan Instrumentalis “Sound Of Rhythm” telah diadakan pada 10 November 2013 di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam.  Pertandingan ini terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah Menengah dan IPT.

Peserta bebas membuat persembahan seperti persembahan Band, Koir, Persembahan Solo alat muzik , Coral Speaking, percussion dan nyanyian secara acapella. Pertandingan tersebut  telah diadili oleh 3 orang hakim iaitu En. Aznul Haidi bin Mohd Azmi daripada fakulti Muzik UiTM Shah Alam, En. Ku Shahril Azli bin Ku Shaari daripada Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Selangor (JKKN) dan En. Mohd Zulfahmee bin Ismail wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Korporat.

Terdapat 10 buah kumpulan yang mengambil bahagian dan masing-masing membawa 2 buah persembahan. Lebih 700 pengunjung yang menghadiri program tersebut. Sementelahan itu, orang ramai turut dihiburkan oleh residen artis MBSA serta penampilan khas oleh kumpulan khas oleh artis remaja popular tanah air iaitu kumpulan Forteen.

Pemenang tempat pertama membawa wang tunai RM 2,000.00, tempat kedua RM 1,500.00, tempat ketiga RM 1,000.00, Best Showcase RM 700.00 dan 4 tempat saguhati RM 500.00 serta sijil penyertaan.

Berikut merupakan nama-nama pemenang :-

Tempat pertama        :           Nada Akustika
Tempat kedua           :           Shines Choir
Tempat ketiga           :           The Nose

Saguhati                    :           Black Bird
                                     :           Dolcissimo
                                     :           Four Bros
                                     :           Permata Choir


Best Showcase        :           Trazz             


























Friday, November 1, 2013

INFO : Pertandingan Instrumentalis, ia terbuka kepada yang berbakat dalam instrumen muzik, band, percussion, koir, acapella dan choral speaking. Terbuka untuk pelajar IPT& Pelajar Sekolah Menengah. Ekspresikan bakat anda! Penyertaan adalah percuma dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.



Info: Borang-borang yang telah diisi bolehlah dikembalikan melalui email lamanbudaya@yahoo.com atau fahmee_pr@yahoo.com. Bagi memudahkan pendaftaran, anda juga boleh wasap kepada nombor yang tertera di poster. Terima kasih :)

Borang Pertandingan Instrumentalis - "Sound Of Rhythm"




Wednesday, October 30, 2013

Setelah berehat untuk beberapa minggu bagi memberi laluan kepada aktiviti lain, PSS di Laman Budaya kembali lagi pada 27 Oktober 2013. 
Showcase kali ini membawakan kombo MBSA dan juga dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berkongsi pentas seni dalam memeriahkan program pada hari tersebut.

Kombo dari MPSJ




Aris Ariwatan turut menyanyikan beberapa buah lagu

Kombo MBSA






Shaz dan Meme Residen MBSA

Wednesday, October 2, 2013

Rangkuman Pencarian Bakat Ekspresi Muzik pada 29 September 2013 yang lalu. Pencarian bakat ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.






Selain daripada pertandingan ini pengunjung Laman Budaya terut disajikan dengan artis jemputan Rizu dari kumpulan Forteen dan Asmidar.





Pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Oksigen membawa wang tunai RM 1,500.00, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Sky Juice membawa wang tunai RM 1,000.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Himawari membawa wang tunai RM 700.00.

Kumpulan Oksigen

Kumpulan Sky Juice

Kumpulan Himawari





Friday, September 27, 2013

Program Pencarian Bakat - "Ekspresi Muzik"

Jom pakat ramai-ramai kita ke LBSA pada jam 2 ptg, Ahad 29 Oktober! Ia terbuka kepada orang ramai yang berbakat... Hadiah menarik juga akan dimenangi di samping bersantai dengan artis jemputan :)