Salam untuk semua. Saringan bagi program pencarian Juara Karoeke akan bermula tidak lama lagi. Pada kali ini, program tersebut telah dinamakan sebagai Juara "D'Muzik Shah Alam". Masih mengekalkan konsep yang sama, program ini akan memenuhi slot di Laman Budaya Shah Alam bermula Jun ini. Kepada sesiapa yang berbakat, tunjukkan kemampuan anda di saringan kedua seperti tertera dibawah:
TEMPAT : Laman Budaya Shah Alam
TARIKH : 10 Mei 2009 (Ahad)
MASA : 500 petang – 6.30 petang
Syarat-syarat penyertaan :
a) Saringan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan terbuka kepada penduduk di sekitar Lembah Klang.
b) Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka secara solo sahaja dan berumur dari 16 tahun ke atas.
c) Peserta yang telah menjalani saringan pertama tidak dibenarkan menghadiri saringan ini (saringan pertama adalah pada 10 & 11 Januari 2009).
d) Semua CD karaoke hendaklah dibawa oleh peserta sendiri pada hari pertandingan dan peserta hendaklah berpakaian kemas.
e) Hanya lagu-lagu yang berkonsep Pop Rock, Slow Rock, Etnik Kreatif, Jazz, Balada dan Pop Komersil sahaja dibenarkan. Lagu-lagu berunsur kemanusiaan adalah digalakkan.
f) Pihak penganjur berhak membuat pindaan tanpa sebarang notis.
g) Pendaftaran dibuka dari 5 hingga 8 Mei 2009 sahaja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Mei 2009, jam 4 petang. Pendaftaran adalah berdasarkan kepada ’siapa dahulu dia diutamakan’. Hanya 30 peserta sahaja diperlukan untuk saringan ini.
h) Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Tingkat 2, Lif Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-55222740 (Cik Hana) atau 03-55222738 (Puan Mas).
Monday, April 27, 2009
Friday, April 24, 2009
Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2009


Pertandingan ini diadakan bagi melestarikan semangat silaturrahim dan institusi kekeluargaan di kalangan komuniti bandaraya Shah Alam. Ia dianjurkan sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan ia dilihat dapat memberi kesedaran hidup beragama dan kecintaan tinggi terhadap moral dan akhlak.
Pada 5 April lalu, Pentas Laman Budaya Shah Alam menjadi gelangang para peserta menunjukkan kebolehan mereka yang begitu petah dalam menyampaikan cerita mengenai sirah-sirah rasul. Program yang berlansung hampir 3 jam ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Syabas kepada semua peserta!
Thursday, April 2, 2009
Pakat ramai-ramai ke Karnival Nasi Lemak Kopi O
Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Band Idola menyegat!
Kehangatan Band Idola 09 kembali menyengat. Semalam adalah minggu kedua Band Idola mengambil tempat pada musim ini di mana 4 kumpulan berentap. Di hadapan lebih 300 penonton, Kumpulan Rimba Bara berjaya membuktikan mereka layak untuk ke separuh akhir. Kehadiran penonton yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa Band Idola 09 mempunyai peminat yang tersendiri.
Art For Gaza & Global Warming Campaign
Perasmian dan bacaan Puisi oleh Sasterawan Negara Yg.Bhg Datuk A.Samad Said
Persembahan puisi oleh Ku Ars Azman
Persembahan Akustik

Persembahan Puisi oleh Fahmee

Art Therapy para pelajar dari Sek. Men Seksyen 24
Life painting dari pelajar Sek Men Sek 9Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Limpahtakruah telah mengadakan program “Art For Gaza and Global Warming Campaign” bertempat di Laman Budaya pada 28 Mac lalu. Program yang bermula seawal jam 10 pagi itu ceria dengan aktiviti seperti jualan lukisan amal, bengkel melukis, life painting dan art therapy.
Program tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg Datuk A. Samad Said pada jam 8.15 malam. Laman Budaya “bergelap” untuk tempoh satu jam sebagai tanda simbolik menyokong “60 Earth Hour”. Persembahan puisi oleh Sasterawan Negara Y.Bhg Datuk A. Samad Said, Zulfian Isma Mirza, Ku Ars Azman dan persembahan akustik betemankan cahaya lilin. Tuntasnya, program yang dijalankan adalah berjaya.
Program tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg Datuk A. Samad Said pada jam 8.15 malam. Laman Budaya “bergelap” untuk tempoh satu jam sebagai tanda simbolik menyokong “60 Earth Hour”. Persembahan puisi oleh Sasterawan Negara Y.Bhg Datuk A. Samad Said, Zulfian Isma Mirza, Ku Ars Azman dan persembahan akustik betemankan cahaya lilin. Tuntasnya, program yang dijalankan adalah berjaya.
Sunday, March 8, 2009
Program Pusat Seni Setempat
Persembahan Cak Lempong
Persembahan Nyanyian oleh Wawa
Demonstrasi Gasing
GeraiSHAH ALAM – Minggu ini bersamaan 8 Mac, Laman Budaya Shah Alam diserikan dengan persembahan yang menghiburkan para pengunjung Taman Tasik Shah Alam. Program yang dihoskan bersama Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Selangor ini adalah segar dan berkualiti.
Persembahan kompang kontemporari, cak lempong, silat, nyanyian dan puisi mengambil tempat pada minggu ini. Para pengujung juga dihiburkan dengan demonstrasi permainan gasing. Program yang dianjurkan ini berjaya menarik minat para pengunjung untuk santai bersama keluarga sambil menikmati hiuburan percuma di Laman Budaya Shah Alam -Fahmee_pr
Subscribe to:
Posts (Atom)






