Tuesday, November 15, 2011

Sisipan Muzika Shah Alam

Pada 29 Oktober 2011 (sabtu) yang lalu Majlis Bandaya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Berjogging bersama Datuk Bandar Shah Alam dan Muzika Shah Alam yang bertempat di Laman Budaya bermula dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Program ini diadakan sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Shah Alam yang ke–11.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di samping dapat memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk menghayati pemandangan indah di Taman Tasik Shah Alam, menikmati hiburan sihat, serta dapat menjalinkan keakraban di antara pihak MBSA dengan soktor korporat dan agensi kerajaan yang lain.

Terdapat beberapa agensi yang turut serta dengan membuka ruang pameran dan gerai antaranya adalah Jabatan Perancangan (MBSA), sudut bacaan (MBSA), UiTM Puncak Alam, KPJ Selangor, SIRIM, MAYBANK, Bank Muamalat, MES, Herbalife dan lain-lain.

Pada sebelah pagi sebelum bermula acara berjogging peserta mengikuti sesi pamanasan badan senamrobik. Sementelahan itu, jambatan taman tasik juga telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam. Pada majlis yang berasingan pula, Datuk Bandar Shah Alam, telah sudi menyampaikan plak kepada semua para penaja yang terlibat sebagai tanda penghargaan.

Dalam pada itu, program Muzika Shah Alam mengambil tempat bagi acara pentas. Para pengunjung disajikan dengan bingkisan bersembahan pentas yang cukup menghiburkan seperti kumpulan tarian kontemporari, seni pertahanan diri, football free styler, persembahan drum line, Kumpulan Koir Kepong Shine dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, bacaan puisi oleh aktivis puisi muda Mohd Hatta dan persembahan mantap oleh kumpulan Bale-Bale.

Pada sesi petang pula, dihiburkan dengan persembahan teater muzikal Pak Kaduk Yang Malang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, persembahan tarian kebudayaan, persembahan puisi dan lagu oleh Kerusi Sepi, Ermi Fadullah dan Pendekar Bambu. Elemen erak tari yang sangat bertenaga telah ditampilkan oleh anak-anak muda daripada kumpulan Predacon Squadz.

Kombo MBSA juga tidak ketinggalan membuat persembahan dengan menampilkan Dani Hasbullah, Nur Audi dan Afiq yang bakatnya telah dicungkil daripada pertandingan D’Muzik@LB (nyanyian & band) yang dianjurkan oleh MBSA. Turut ditampilkan artis budaya MBSA, Shelly. Acara kemuncak telah dihangatkan lagi dengan kemunculan artis baru Shahz, kumpulan remaja popular tanah air iaitu Forteen dan juara lagu 2010, Ana Rafali. Penganjuran Muzika Shah Alam berjaya menambat hati peminat seni yang hadir.

Tuesday, July 19, 2011

The Jio^er Children's Choir Juarai Edisi Sekolah Rendah!!

Shah Alam - Pasukan The Jiao^er Children Choir telah meraih kejuaaran bagi Pertandingan Koir Selangor Shines 2011 edisi Sekolah Rendah yang berlangsung pada 17 Julai di Dewan Auditorium MBSA. Sebanyak 8 pasukan yang bertanding bagi kategori tersebut. Lebih manis apabila The Jia^er Children Choir turut memenangi kategori persembahan terbaik dan konduktor terbaik.

Dalam pada itu, naib juara telah dimenangi oleh The Kung Mang Singers, tempat ketiga pula oleh KB Star. Bagi kumpulan harapan pula telah dimenangi oleh Assunta Spirit. Konklusinya jua, semua pasukan yang bertanding telah menunjukkan kesungguhan dan persembahan yang mantap.

****************************************************************************

KEDUDUKAN EDISI SEKOLAH RENDAH

1. The Jiao^er Children Choir
2. The Kung Mang Singers
3. KB Star
4. Assunta Spirit
5. Koir Yu Hua
6. Sweet 13
7. D'Eleven Three
8. Koir Megah Bestari

Saturday, July 16, 2011

Kepong Shines Juara Koir Selangor Shines edisi Sekolah Menengah!!!

Shah Alam - Pasukan Kepong Shines telah meraih kejuaaran bagi Pertandingan Koir Selangor Shines 2011 edisi Sekolah Menengah yang berlangsung pada 16 Julai di Dewan Auditorium MBSA. Pasukan Kepong Shines telah menaruhkan lagu Selamat Pergi Pahlawanku dan Cindai yang dipimpin oleh Moo Deqing. Juara telah membawa wang tunai RM 3000.00, piala iringan, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Dalam pada itu, naib juara telah dimenangi oleh Harmonix Youth Choir dengan membawa wang tunai RM2000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Konduktor pasukan itu, Law Yi Huey berjaya meraih konduktor terbaik. Law Yi Huey membawa pulang wang tunai RM 100.00 dan hadiah iringan. Tempat ketiga telah disandang oleh Koir D'Perdana dengan menggondol wang tunai RM1500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Lebih manis apabila Koir D'Perdana juga telah menggondol kategori persembahan terbaik yang menawarkan wang tunai RM500.00.

Sementelahan itu, Koir Convent Klang telah memenangi kategori Kumpulan Harapan yang membawa pulang wang tunai RM700.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Bagi pemenang saguhati pula, semua pasukan yang bertanding menerima wang tunai RM200.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Tuntasnya, semua pasukan yang bertanding telah menunjukkan kesungguhan dan persembahan yang baik.



*************************************************************************

KEDUDUKAN BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1.Kepong Shines
2.Harmonix Youth Choir
3.Koir D'Perdana
4.Koir Convent Klang
5.Sek.Men.Keb Perempuan Methodist Klang
6.Koir SMK Seafield
7.CHS Choir
8.Semarak BUD (4)
9.Niners Impromtu
10.Colours of the Music
11.Deo Generation
12.Hi-Sound Voice
13.The Xanders
14.Jasmine Shine
15.Seven Beats
16.SMJK Chung Hwa Klang
17.Anak Malaysia
18.Durrani
19.Sim Sim Group