Friday, December 14, 2012
Friday, December 7, 2012
Monday, November 26, 2012
PSS 25 November gamitkan penonton!
Tirai November bagi Laman Budaya ditutup pada 25 November lalu. Program santai yang lebih dikenali sebagai (PSS) berlangsung dengan jayanya. Pentas dibuka dengan gerak tari oleh Kumpulan Warisan Seni Budaya yang mempamerkan persembahan bertenaga.
Sementelahan itu juga, agenda seni pada petang itu turut dimeriahkan oleh residen artis Shah Alam iaitu Mimi dan Wawa. Persembahan mereka diiringi oleh kombo MBSA yang dibarisi oleh pemuzik profesional. Turut beraksi ialah pemuisi muda dari Kuala Lumpur iaitu Amran Ibrahim Rashidi yang mendeklamasikan puisi "Ke Ruang Katarsis" dan turut mendendangkan sebuah lagu irama asli. Angin yang sepoi-sepoi bahasa di persekitaran taman tasik Shah Alam terus menjadikan suasana LBSA, tenang dan damai.
Program (PSS) diakhiri dengan sesi pembelajaran oleh Shah Alam Drum Circle (SADC). Lebih 250 pengunjung yang bersantai di petang Ahad tersebut.
Friday, November 23, 2012
Lebih 1300 orang meriahkan program khas insan istimewa!
MBSA amat prihatin dalam melunaskan tanggungjawab
sosial kepada masyarakat. Dalam memperkasakan program seni budaya, MBSA dengan
kerjasama Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengadakan
satu program iaitu Karnival Keusahawanan &
Kesenian (pendidikan khas peringkat Negeri Selangor 2012). Program tersebut
telah pun berjaya diadakan pada 8 November yang diadakan di perkarangan Laman
Budaya dan Galeri Seni.
“Seni Dan Budaya
Pemangkin Kreativiti Insan Istimewa” diangkat sebagai tema program. Objektif
program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya dan seni dalam diri
pelajar kelainan upaya, menerapkan semangat kerjasama berpasukan dalam setiap
lapangan atau bidang yang diceburi oleh pelajar. Ia juga bertujuan untuk
memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang kaedah
pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif berkaitan keusahawanan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil
Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 10.00 pagi. Acara perasmian turut dimeriahkan
dengan persembahan nasyid dari SMK Seksyen 9 dan persembahan koir kod tangan
dari SK Pendidikan Khas. Persembahan memukau oleh artis tempatan Rizu dari
kumpulan Forteen berjaya menggamatkan suasana. Usai majlis perasmian, para
tetamu jemputan telah dibawa ke lawatan tapak pameran dan jualan di sekitar
geleri seni. Pameran tersebut disertai oleh Pejabat Pedidikan Daerah (PPD)
seluruh Selangor dan agensi luar.
Bagi memeriahkan acara program, pelbagai
pertandingan untuk pelajar dan juga guru turut diadakan antaranya pertandingan
gubahan, nyanyian, mencating batik, mewarna, melukis dan gerai terbaik. Program
yang julung-julung kali diadakan ini berjaya mencapai objektifnya. Lebih dari
1300 orang yang hadir ke program tersebut.
Kombo MBSA dan SADC meriahkan PSS edisi 4 November!
Tirai November dibuka dengan menyemarakan aktiviti seni dan budaya. Seperti biasa, Laman Budaya Shah Alam terus diperkasa dengan aktiviti seni. Lebih 300 pengunjung hadir untuk menikmati hiburan santai pada petang tersebut.
Program kali ini
memberi kelainan kepada pengunjung yang hadir kerana ia telah mengangkat lagu-lagu asli sebagai fokus utama. Gabungan hebat residen artis Shah Alam yang diiringi oleh Kombo MBSA cukup bertenaga!
Seperti biasa, sesi pembelajaran perkusi bersama Shah Alam Drum Circle (SADC) diadakan sebaik sahaja acara pentas tamat.
Tuesday, October 30, 2012
Tuesday, October 16, 2012
ESTARI 2012 tampil meriah!
Pada 13 Oktober yang lalu, MBSA telah menganjurkankan program yang mengenengahkan seni tari sebagai persembsahan utama. Porgram yang dinamakan sebagai “ESTARI” telah lunas dengan jayanya di Laman
Budaya, Shah Alam. "Estari" ialah kombinasi frasa dalam estitika dan tarian. Ia menafsirkan maksud keindahan dalam tarian.
Program ini telah menampilkan tarian-tarian tradisional, kreasi dan kontemporari dari pelbagai kumpulan tarian.
Sebanyak 7 kumpulan yang menyertai program tersebut. Antara kumpulan yang beraksi pada program itu ialah
Intan permata, Elok Lenggok, Astana Budaya, Intan Permata, Ya Nasr dan Kesuba yang mewakili Shah Alam. Turut diundang ialah kumpulan tari hebat dari Melaka iaitu Senctra. Manakala Kuala Lumpur diwakili oleh kumpulan tari profesional Warisan Seni Budaya.
Program yang di bahagi dengan tiga segmen itu menampilkan lenggok tari yang hebat. Gerak tari digubah segar oleh koreografer profesional. Dalam pada itu, persembahan juga dimeriahkan dengan artis
jemputan iaitu Shiha dan Anas Redzuan. Tidak ketinggalan Kumpulan Drum Simfoni turut beraksi hiburkan pengunjung.
Progam petang itu diakhiri
dengan joget lambak beramai-ramai bersama pengunjung. Program ini telah menarik
seramai 500 pengunjung untuk hadir dan menyaksikan program di mana julung-julung
kali nya diadakan. Ia telah menampilkan satu kelainan dari program-program sebelum ini
yang berlangsung di Laman Budaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)