Tuesday, January 29, 2013

PSS kembali temui peminat seni!

Seni Silat yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan!
Street Percussion

Persembahan unik oleh Street Percussion
Residen artis Wawa
Residen artis Shahz

Penuh penghayatan oleh Shahz

Residen artis Mimi


Hujan di waktu petang pada 20 Januari 2013 yg lalu bukan penghalang edisi pertama PSS 2013 berlangsung dengan jayanya. Lebih 300 pengunjung yang hadir ke program tersebut. Barisan tenaga kreatif LBSA berusaha mengadakan program santai untuk warga Shah Alam lagi pada tahun ini dengan lebih meriah dan bertenaga.
 
Pada kali, pentas LBSA dibuka dengan kelincahan aksi silat oleh Kumpulan Seni Silat Gayung Malaysia. Showcase oleh kombo MBSA bersama residen artis Shah Alam telah menggamatkan suasana petang itu. Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan drumline mantap kumpulan Street Percussion” .

Imbasan Kalendar Aktiviti 2012

Thursday, January 3, 2013

Menyingkap tabir 2013!

Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua! Semoga tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan bermakna buat kita semua.

Melunaskan program seni dan budaya bukanlah sesuatu yang mudah dan remeh. Tugas-tugas produksi juga semakin mencabar. Tenaga kreatif berusaha untuk mengembeleng idea bagi memperkasa program seni ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan. InsyaAllah.

Monday, November 26, 2012

PSS 25 November gamitkan penonton!

Tirai November bagi Laman Budaya ditutup pada 25 November lalu. Program santai yang lebih dikenali sebagai (PSS) berlangsung dengan jayanya. Pentas dibuka dengan gerak tari oleh Kumpulan Warisan Seni Budaya yang mempamerkan persembahan bertenaga. 
 
Sementelahan itu juga, agenda seni pada petang itu turut dimeriahkan oleh residen artis Shah Alam iaitu Mimi dan Wawa. Persembahan mereka diiringi oleh kombo MBSA yang dibarisi oleh pemuzik profesional. Turut beraksi ialah pemuisi muda dari Kuala Lumpur iaitu Amran Ibrahim Rashidi yang mendeklamasikan puisi "Ke Ruang Katarsis" dan turut mendendangkan sebuah lagu irama asli. Angin yang sepoi-sepoi bahasa di persekitaran taman tasik Shah Alam terus menjadikan suasana LBSA, tenang dan damai.
Program (PSS) diakhiri dengan sesi pembelajaran oleh Shah Alam Drum Circle (SADC). Lebih 250 pengunjung yang bersantai di petang Ahad tersebut.

Friday, November 23, 2012

Lebih 1300 orang meriahkan program khas insan istimewa!

MBSA amat prihatin dalam melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Dalam memperkasakan program seni budaya, MBSA dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengadakan satu program iaitu Karnival Keusahawanan & Kesenian (pendidikan khas peringkat Negeri Selangor 2012). Program tersebut telah pun berjaya diadakan pada 8 November yang diadakan di perkarangan Laman Budaya dan Galeri Seni.
“Seni Dan Budaya Pemangkin Kreativiti Insan Istimewa” diangkat sebagai tema program. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya dan seni dalam diri pelajar kelainan upaya, menerapkan semangat kerjasama berpasukan dalam setiap lapangan atau bidang yang diceburi oleh pelajar. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif berkaitan keusahawanan.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 10.00 pagi. Acara perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari SMK Seksyen 9 dan persembahan koir kod tangan dari SK Pendidikan Khas. Persembahan memukau oleh artis tempatan Rizu dari kumpulan Forteen berjaya menggamatkan suasana. Usai majlis perasmian, para tetamu jemputan telah dibawa ke lawatan tapak pameran dan jualan di sekitar geleri seni. Pameran tersebut disertai oleh Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) seluruh Selangor dan agensi luar.
Bagi memeriahkan acara program, pelbagai pertandingan untuk pelajar dan juga guru turut diadakan antaranya pertandingan gubahan, nyanyian, mencating batik, mewarna, melukis dan gerai terbaik. Program yang julung-julung kali diadakan ini berjaya mencapai objektifnya. Lebih dari 1300 orang yang hadir ke program tersebut.