Monday, April 27, 2009

Saringan (II) D'MUZIK@LB- JUARA KARAOKE

Salam untuk semua. Saringan bagi program pencarian Juara Karoeke akan bermula tidak lama lagi. Pada kali ini, program tersebut telah dinamakan sebagai Juara "D'Muzik Shah Alam". Masih mengekalkan konsep yang sama, program ini akan memenuhi slot di Laman Budaya Shah Alam bermula Jun ini. Kepada sesiapa yang berbakat, tunjukkan kemampuan anda di saringan kedua seperti tertera dibawah:

TEMPAT : Laman Budaya Shah Alam
TARIKH : 10 Mei 2009 (Ahad)
MASA : 500 petang – 6.30 petang


Syarat-syarat penyertaan :

a) Saringan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan terbuka kepada penduduk di sekitar Lembah Klang.

b) Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka secara solo sahaja dan berumur dari 16 tahun ke atas.

c) Peserta yang telah menjalani saringan pertama tidak dibenarkan menghadiri saringan ini (saringan pertama adalah pada 10 & 11 Januari 2009).

d) Semua CD karaoke hendaklah dibawa oleh peserta sendiri pada hari pertandingan dan peserta hendaklah berpakaian kemas.

e) Hanya lagu-lagu yang berkonsep Pop Rock, Slow Rock, Etnik Kreatif, Jazz, Balada dan Pop Komersil sahaja dibenarkan. Lagu-lagu berunsur kemanusiaan adalah digalakkan.

f) Pihak penganjur berhak membuat pindaan tanpa sebarang notis.

g) Pendaftaran dibuka dari 5 hingga 8 Mei 2009 sahaja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Mei 2009, jam 4 petang. Pendaftaran adalah berdasarkan kepada ’siapa dahulu dia diutamakan’. Hanya 30 peserta sahaja diperlukan untuk saringan ini.

h) Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Tingkat 2, Lif Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-55222740 (Cik Hana) atau 03-55222738 (Puan Mas).

Friday, April 24, 2009

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2009




Pertandingan ini diadakan bagi melestarikan semangat silaturrahim dan institusi kekeluargaan di kalangan komuniti bandaraya Shah Alam. Ia dianjurkan sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan ia dilihat dapat memberi kesedaran hidup beragama dan kecintaan tinggi terhadap moral dan akhlak.

Pada 5 April lalu, Pentas Laman Budaya Shah Alam menjadi gelangang para peserta menunjukkan kebolehan mereka yang begitu petah dalam menyampaikan cerita mengenai sirah-sirah rasul. Program yang berlansung hampir 3 jam ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Syabas kepada semua peserta!

Thursday, April 2, 2009

Pakat ramai-ramai ke Karnival Nasi Lemak Kopi O


Jom kita beramai-ramai hadir ke Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Shah Alam pada 4 & 5 April ini. Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung! Jumpa di sana!!!