Monday, February 22, 2010

INFO - PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH-SIRAH RASUL 2010

Syarat-syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

2. Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar Lembah Kelang yang berumur dari 7 – 12 tahun.

3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Mac 2010 (Khamis).

4. Tajuk cerita adalah bebas dan masa yang diberikan untuk bercerita adalah selama 5 minit sahaja.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

6. Setiap peserta hendaklah berpakaian kemas dan pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak mematuhi peraturan dan membuat pindaan tanpa sebarang notis.

7. Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Korporat MBSA dan laman web www.mbsa.gov.my. atau www.lamanbudaya.blogspot.com Borang penyertaan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 2, Lif Auditorium, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam atau faks di talian 03-5513 8513.

8. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam di talian :
03-55222738 ( Pn Mas) dan 03-55222740 (Cik Hana)


Hadiah – hadiah (untuk 2 kategori)

Tempat pertama RM 200.00, sijil + hadiah iringan
Tempat kedua RM 150.00, sijil + hadiah iringan
Tempat ketiga RM 100.00, sijil + hadiah iringan
Tempat 4 – 20 RM 50.00, sijil + hadiah iringan

Persembahan terbaik RM 50.00 + sijil

BORANG




***********************************
PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH-SIRAH RASUL 2010
**********************************

BORANG PENYERTAAN


NAMA : ____________________________________________________

NO KP/SURAT BERANAK : ______________________________________

SEKOLAH : __________________________________________________

ALAMAT
SEKOLAH : __________________________________________________

NO. TEL : __________________ NO. H/P : ______________________

NAMA GURU PENGIRING / IBU BAPA : ___________________________

KATEGORI : BAHASA BAHASA
MELAYU INGGERIS

LELAKI PEREMPUAN


Saya, ……………………….. berminat untuk menyertai pertandingan ini dan bersetuju mematuhi syarat - syarat peraturan yang telah ditetapkan serta tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas apa jua kemalangan atau kerugian yang saya alami.


Tanda tangan guru pengiring/ibu bapa: _________________________________

Tarikh : _________________




Monday, February 8, 2010

Shah Alam - Sragen, Jalinan Dua Kota

Pada 26 hingga 29 Januari 2010, Bandaraya Shah Alam telah menerima lawatan dari Delegasi dan Kumpulan Seni Budaya Pemerintah Kabupaten Sragen. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala bersama kota pemerintah ini, bagi menjadikannya sebagai bandar berkembar atau “sister-city” . Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pemerintah Kabupaten Sragen telah menjalin hubungan sejak tahun 2007 lagi, dengan beberapa siri lawatan dan kunjungan balas.

Pada 27 Januari 2010, Satu persembahan kebudayaan telah diadakan “Sragen – Shah Alam, Jalinan Budaya Dua Bangsa Serumpun” bertempat di ruang legar, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Persembahan kebudayaan tersebut telah disertai oleh Kumpulan Seni Budaya Sragen, Kombo Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara Negeri Selangor (JKKNNS). Di dalam majlis itu, Kumpulan Seni Budaya Sragen telah mempersembahkan beberapa buah tarian kebudayaan serta bacaan puisi yang bertajuk “The Indonesian Farmers Happiness”. Sementelahan itu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara Negeri Selangor (JKKNNS) telah membawa pelbagai tarian kebudayaan berbilang kaum yang terdapat di Malaysia dan Kombo Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengiringi nyanyian Nur Nazatul Azwa (wawa) dengan nyanyian lagu – lagu asli yang popular.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.B Puan Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kebudayaan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Y. Bhg Dato’ Mazalan bin Md Noor (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Ahli–ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Secara tuntasnya, persembahan kebudayaan yang diadakan ini sebagai pemangkin ke arah melestarikan kesenian dan kebudayaan, disamping mengukuhkan hubungan dua Negara.

Mesra Berbudaya Bersama Rakyat

Pada 23 Januari 2010 (Sabtu) yang lepas, satu program karnival “Mesra Berbudaya Bersama Rakyat” telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula seawal 7.00 pagi dan tamat pada 6.30 petang. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya serta agensi – agensi kerajaan yang lain.

Program ini bertujuan untuk memupuk semagat perpaduan dan merapatkan hubungan antara masyarakat dengan agensi kerajaan serta memupuk minat masyarakat terhadap sukan rakyat dan kebudayaan yang bersesuaian dengan tema program iaitu “Budaya Disanjung Tradisi Diwarisi”

Karnival “Mesra Berbudaya Bersama Rakyat” ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid b. Ibrahim (Doto’ Menteri Besar Selangor) pada jam 3.30 petang. Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y. Bhg Dato’ Mazalan b. Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam), Y.B Puan Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Y.B Tuan Ronnie Liu Tian Khiew (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) serta Ahli Dewan Negeri dan Parlimen.

Antara aktiviti–aktiviti yang berlangsung pada program tersebut ialah acara senam seni, persembahan seni mempertahankan diri iaitu Tai Chi dan Seni Silat Melayu serta acara sukaneka rakyat seperti congkak, batu seremban, galah panjang, sardugudu, sepak raga bulatan dan lain–lain. Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan seperti tarian zapin, tarian cina, orang asal, keroncong, tarian singa dan coral speaking.

Terdapat juga khemah–khemah jualan dan pameran oleh jabatan dan agensi jemputan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan lain–lain agensi. Karnival ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan dianggarkan lebih 1200 orang pengunjung yang hadir sepanjang ia berlangsung.