Thursday, April 15, 2010

Monday, April 12, 2010

Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor


Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)bersama Berita Harian dengan sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan penglibatan Komiti Akar akan mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor" dengan mengangkat tema(Wasilah Cinta pencipta & manusia). Program Malam Puisi ini akan berlansung pada 30 April 2010(Jumaat) bermula pada jam 8.00 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam.

Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara iaitu Y.Bhg Dato A.Samad Said dan Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan. Antara penggiat seni yang lain ialah Pak Agi, Faisal Tehrani,Ahmad Shukri Abdullah dan penggiat muda seprti Fynn Jamal, Mohd Zulfahmee, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Siti Fariha, Fazleena Hishamudin dan Noor Azah Ahmad.

Bacaan puisi dan lagu juga akan didendangkan oleh penyanyi Aishah, Rizu Bintang Realiti (OIAM) dan Rini (AF7). Orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.B Puan Rodziah Ismail dan juga Y.Bhg Dato Mzalan Mat Nor (Datuk Bandar Shah Alam).

Penganjuran program ini digarap dengan menggabungkan puisi dan elemen gerak tari dan muzik. Bacaan puisi bertemakan kemanusian dan Ketuhanan.Program ini akan mengumpulkan tokoh-tokoh seni dan generasi muda.Sementelahan itu juga, para pengunjung juga berperluang untuk melihat pameran lukisan dan fotografi.

Tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, mempromosi Negeri Selangor sebagai Negeri yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej Kemanusian dan Ketuhanan kepada masyarakat.

Sekian
Mohd Zulfahmee Ismail
Pengarah Projek bersama
Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor

Pertandingan Bercerita capai objektif

Shah Alam 28 Mac 2010, satu pertandingan bercerita Sirah – sirah Rasul telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tujuan pertandingan ini diadakan untuk memupuk para peserta supaya lebih berkeyakinan dan dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

Pendaftaran peserta telah dibuka seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Sebelum berlangsungnya pertandingan peserta telah diberi taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan. Untuk makluman, pada dasarnya bahagian hanya menganggarkan seramai 30 pesarta sahaja tetapi telah melebihi sasaran yang dianggarkan iaitu seramai 47 peserta yang mengambil bahagian.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.B. Puan Rodziah bt Ismail, Y. Bhg. Dato’ Mazalan Md Noor dan Y. Berusaha Tuan Mohtar Hani. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Mohd Suffian Ismail (Kementerian Pelajaran Malaysia), Muhd Azman b. Mohd Nawi (Karangkraf) dan Pn. Zeqty Nattrah bt Ramli (Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Selangor). Pertandingan ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori perempuan dan lelaki. Kategori lelaki johan dimenangi oleh Amir Zharif Firdaus, naib johan Muhammad Hafiz b. Ahmad Tarmidi, tempat ketiga dimenangi oleh Aiman Hakim b. Rahman dan persembahan terbaik dimenangi oleh Muhammad Haikal zafri. Kategori perempuan pula johan dimenangi oleh Nur Ilham Al–Fahmi, naib johan Sharifah Nur Husnah, tempat ketiga Fazlyana Izzah Atirah manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Nurul Iffah Zulaikha Ariffin. Penyampaiaan hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Puan Rodziah bt Ismail.

Pertandingan ini di meriahkan lagi dengan penampilan istimewa oleh Ammar yang membuat persembahan silap mata serta nyanyian. Program tamat sekitar 6 petang. Tuntasnya, pertandingan ini telah mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan