Saturday, July 17, 2010

Juara Koir Selangor Shines 2010 milik SMK Damansara Jaya dan SKJK (C) Batu Sebelas, Cheras

SHAH ALAM – Pertandingan Koir Selangor Shines 2010 pada 17 Julai 2010 di Auditorium MBSA telahpun berlangsung dengan jayanya. Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd diadakan bagi melestarikan semangat perpaduan melalui seni persembahan. Ia juga adalah untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda mengenai lagu-lagu patriotik.

Sementelahan itu, Johan Kategori sekolah menengah telah dimenangi oleh Harmonix Youth Choir dari (Sek. Men. Keb. Damansara Jaya, Petaling Jaya) dengan menggondol Wang tunai RM3,000.00, piala iringan berserta sijil penyertaan. Bagi Johan kategori sekolah rendah pula telah menyaksikan The Jiao^er Children’s Choir dari (Sek. Jenis Keb (C) Batu Sebelas, Cheras) dengan membawa pulang RM2,500.00, piala iringan berserta sijil penyertaan. Kumpulan ini juga memenangi hadiah persembahan terbaik. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah bagi persembahan terbaik, konduktor terbaik dan hadiah bagi kumpulan harapan.

Penganjuran ini dilihat mampu memberi hiburan dan menyampaikan mesej secara ilmiah dan mempunyai nilai-nilai tambah. Program yang diadakan secara percuma dan terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Lembah Kelang ini mendapat sambutan yang amat menggalakan. Ia membabitkan 22 pasukan yang terawal mendaftar, iaitu 14 spasukan sekolah menengah dan 8 pasukan sekolah rendah.

******KEPUTUSAN RASMI************
KEPUTUSAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

KONDUKTOR TERBAIK
ZACHARY NAVIN PERERA
(Sek. Men. Keb. Kepong (Daerah Gombak), Kuala Lumpur)
PERSEMBAHAN TERBAIK
KOIR D’PERDANA
(Sek. Men. Keb. Bandar Damai Perdana, Cheras)
KUMPULAN HARAPAN
(Sek. Men. Keb. (P) Methodist Klang)
KETIGA
KOIR D’PERDANA
(Sek. Men. Keb. Bandar Damai Perdana, Cheras)
KEDUA
VOICES OF UNITY
(Sek. Men. Keb. Kepong (Daerah Gombak), Kuala Lumpur)
PERTAMA
HARMONIX YOUTH CHOIR
(Sek. Men. Keb. Damansara Jaya, Petaling Jaya)



KEPUTUSAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH

KONDUKTOR TERBAIK
SASHVINI A/P SUBRAMANIAM
(Sek. Keb. Assunta (2), Petaling Jaya)
PERSEMBAHAN TERBAIK
THE JIAO^ER CHILDREN’S CHOIR
(Sek. Jenis Keb (C) Batu Sebelas, Cheras)
KUMPULAN HARAPAN
KUNG MAN CHOIR
(Sek. Jenis Keb. (C) Kung Man, Seri Kembangan)
KETIGA
KOIR SJK (C) LICK HUNG
(Sek. Jenis Keb. (C) Lick Hung, Subang Jaya)
KEDUA
KB STAR
(Sek. Jenis Keb. (C) Kheow Bin, Gombak)
PERTAMA
THE JIAO^ER CHILDREN’S CHOIR
(Sek. Jenis Keb (C) Batu Sebelas, Cheras)

Sekian,
Mohd Zulfahmee bin Ismail
Pengarah Projek
Pertandingan Koir Selangor Shines 2010

Wednesday, July 7, 2010

PERTANDINGAN KOIR SELANGOR SHINES 2010

Aassalamualaikum dan salam sejahtera


Pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa penyertaan bagi Pertandingan Koir Selangor Shines 2010 telah ditutup secara rasminya. Pertandingan ini akan berlangsung pada 17 Julai ini (Sabtu) bertempat di Auditorium MBSA dimana 22 pasukan akan berentap yang membabitkan 14 pasukan sekolah menengah dan 8 pasukan sekolah rendah.


Berikut ialah atur cara terkini

8.30 pagi :Pendaftaran pasukan sekolah menengah
8.40 pagi :Sarapan pagi
9.30 pg :Pertandingan bermula

12.00 tghr :Pendaftaran sekolah rendah

12.45 :Makan tengah hari

2.00 ptg :Pertandingan sekolah rendah

4.00 :Jemputan persembahan & penyampaian hadiah

*Perkara 12 dalam syarat penyertaan adalah ditegaskan dan diguna pakai.
- Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa.
-Undian giliran juga dibuat oleh pihak urusetia berdasarkan kepada keputusan mesyuarat. Penyertaan berdasarkan 20 pasukan terawal yang mendaftar.

Sekian makluman dan orang ramai dijemput hadir