Monday, July 9, 2012

Harmonix Youth Choir Johan Koir Shines Edisi Kebangsaan!

Johan Edisi Kebangsaan 2012

Shah Alam - Sebanyak 15 pasukan telah berentap di Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan 2012 pada 7 Julai lalu. Program yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA itu lunas dengan meriah telah menobatkan pasukan Harmonix Youth Choir sebagai Johan Edisi Kebangsaan.

Penganjuran Pertandingan ini adalah kali yang ketiga diadakan namun ia pertama kali diangkat menjadi Edisi Kebangsaan dimana ia terbuka kapada sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd. Jaafar b. Hj. Mohd Atan Datuk Bandar Shah Alam dan telah diiringi oleh Puan Noorul Ashikin Mohd Din, Pengurus Besar Tourism Selangor Sdn. Bhd.
Di samping itu, Kumpulan Hamonix Youth Choir, yang telah menaruhkan lagu Medley of Malaysian Patriotic Songs (III) dan lagu Hijau turut memenangi kategori konduktor terbaik. Ia dipimpin oleh Joan Teng Jie Yin.  Johan membawa wang tunai sebanyak RM 5,000.00, piala iringan, sijil penyertaan dan hadiah iringan manakala Konduktor Terbaik pula wang tunai RM 200.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Naib Johan telah dirangkul oleh kumpulan Kepong Shine dengan membawa wang tunai RM 4,000.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan. Tempat ketiga pula di menangi oleh kumpulan Melodious Singers membawa wang tunai RM 3,000.00, sijil penyertaan dan hadiah Iringan, manakala kategori Kumpulan Harapan telah di sandang oleh kumpulan Together In Harmony dengan membawa pulang wang tunai RM 1,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Kumpulan S³-PD telah merangkul kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang RM 700.00 serta sijil penyertaan.
Turut berentap ialah pasukan Koir D'Perdana, Seafield Shines, Deo Generation, Semarak BUD (4), Suara Malaysia, Viva La Music, The Impromptu, Voice of Chung Hwa, True Vocalist dan Jasmine Shine. Program itu turut diselang seli dengan soalan kuiz dan persembahan oleh artis-artis tempatan seperti Kumpulan FORTEEN, Amylea, Shahz dan gerak tari oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA).





Tuesday, July 3, 2012

INFO SENARAI GILIRAN PERTANDINGAN KOIR SELANGOR SHINES EDISI KEBANGSAAN 2012

  1. KOIR D'PERDANA
  2. THE IMPROMPTU
  3. MELODIUS SINGERS
  4. JASMIN SHINES
  5. VOICE OF CHUNG HWA
  6. KEPONG SHINES
  7. TOGETHER IN HARMONY
  8. DEO GENERATION
  9. S-PD
  10. HARMONIX YOUTH CHOIR
  11. VIVA LA MUSIC
  12. SUARA MALAYSIA
  13. SEAFIELD SHINES
  14. TRUE VOCALIST
  15. SEMARAK BUD (4)