Monday, June 29, 2009

Rimba Bara juara BAND IDOLA 09

Juara - Rimba Bara

Vokalis Terbaik

Band Jemputan - Sharpshooter

Artis Jemputan -Erry Putra

Band Jemputan - SAM

Antara Tetamu VIP yang hadir


Melewati hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir yang menyaksikan 6 kumpulan berentap di pertandingan akhir Band Idola ini telah menobatkan Kumpulan Rimba Bara sebagai juara Band Idola 2009 seterusnya membawa hadiah kemenangan wang tunai wang tunai RM 4,000.00 berserta piala, hamper dan sijil. Rimba Bara juga telah merangkul kategori terbaik untuk pemain gitar, pemain bass dan pemain drum. Naib juara pula dimenangi oleh Kumpulan Sharp Nine dan membawa hadiah kemenangan wang tunai RM 2,500.00 beserta piala, hamper dan sijil. Sharp Nine juga telah memenangi kategori lagu ciptaan terbaik. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpula Sharphire dan menerima wang tunai sebanyak RM 1000.00 beserta piala, hamper dan sijil.

Bagi saguhati tempat ke empat pula ialah Kumpulan Putera Sari, diikuti tempat ke lima ialah Ilustrasi manakala tempat ke enam ialah dari Kumpulan Alternature dan setiap kumpulan menerima wang tunai RM 500.00 beserta hamper dan sijil. Dalam pada itu, lirik terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Putera Sari manakala vokalis terbaik pula disandang oleh Iustrasi. Setiap kumpulan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan yang bermula pada jam 4.00 petang sehinga 6.45 petang juga diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam optimis dalam melestarikan program-program yang berbentuk kesenian dan kebudayaan. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Tuesday, June 23, 2009

Kenyataan Media - Band Idola Akhir

Setelah hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir Band Idola akan menemui penonton pada 28 Jun ini bermula pada jam 4.00 petang di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap merebut gelaran Band Idola 09. Kumpulan yang Berjaya mara di peringkat akhir ialah Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Setiap kumpulan akan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan akhir itu juga akan diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Band Idola, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

Monday, June 22, 2009

Band Idola (Peringkat Separuh Akhir)

Band Idola 2009 (peringkat sepparuh akhir) telah diadakan pada 14 Jun 2009 (Ahad) bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan telah bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Sebanyak 12 kumpulan yang layak ke peringkat separuh akhir ini antaranya kumpulan School, Kid’s Power, Kesempatan Band, Sharp Nine, Rimba Bara, Putera Sari, Alternature, Baetro Band, Triple Sound, D’Oryza, Sapphire dan Ilustrasi. Setiap kumpulan telah membawa sebuah lagu ciptaan sendiri.

Sebanyak 6 kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir iaitu kumpulan Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Pertandingan akhir akan diadakan pada 28 Jun 2009 (Ahad) di Laman Budaya Shah Alam