Monday, February 28, 2011

Juara D'Muzik@LB 2011 milik Danie Hasbullah!

Juara D'Muzik 2011 - Danie Hasbullah

Naib Juara - Norzianawaty yang persona


Tempat ke 3 & Persembahan terbaik - Kasih Ashikin


Persembahan Fazli Zainal yang memukau

KKSA yang menghiburkan

BINGKISAN JUARA D'MUZIK 2011

Hujan lebat di LBSA hampir setengah jam petang 27 Februari tidak mematahkan semangat para peserta akhir Juara D’Muzik 2011. Pertandingan akhir itu tampil hebat dan menghiburkan. Penganjur telah melantik 3 juri professional yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Muzik UiTM. Orang ramai juga dihiburkan oleh persembahan kebudayaan oleh KKSA dan artis popular Fazli Zainal.

Seramai 12 orang peserta yang bertanding iaitu Anuar Mohd Yusof (Camelia), Nur Audi Wajihah (Kau Kunci Cintaku), Shah Rizal (My Baby You), Nor Azian Ahmad (Melodi Perpisahan), Kasih Ashikin (Kawan), Mohd Farid (Drama King), Norzianawaty (Salam Untuk Kekasih), Armin Muji (Usang), Sabril Hakim (I’m The Lucky One), Mohd Zaikhan Khayan (Memori Cinta Luka), Danie Hasbullah (The Way It Use To Be) dan Muhamad Shah (Al-Jannah).

Danie Hasbullah yang melantun lagu (The Way It Use To Be) telah muncul sabagai Juara dan membawa wang tunai sebanyak RM 1,000.00, tempat kedua dimenangi oleh Norzianawaty membawa wang tunai RM 700.00, tempat dimenangi oleh Kasih Ashikin membawa wang tunai RM 500.00. Lebih manis apabila Kasih Asyikin juga membawa hadiah tambahan RM200.00 kerana menambat hati juri dengan persembahan terbaik. Bagi saguhati, para peserta masing-masing membawa wang tunai RM100.00 dan hadiah iringan.

Orang ramai juga tidak ketinggalan merebut pelbagai hadiah kuiz penonton. Soalan-soalan pengetahuan am berkisar Bandaraya Shah Alam telah diaju. Acara telah berakhir dengan jayanya tepat jam 6.50 petang. Program Pertandingan Akhir Juara D’Muzik juga mendapat liputan oleh rakan-rakan media seperti TV Selangor, Majalah Media Hiburan dan blogger hiburan.

Friday, February 18, 2011

Separuh Akhir -D'Muzik@LB pada Ahad ini!!!

Saksikan separuh akhir D'Muzik pada hari Ahad ini jam 4.00ptg di Laman Budaya Shah Alam. Seramai 20 peserta akan berentap untuk berebut 12 tempat ke pertandingan akhir Juara D'Muzik!

Orang ramai juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah pada hari Ahad ni dan beramah mesra bersama artis baru Muzzy!

Friday, February 11, 2011

Dedikasi - Hari Keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W)

Ya Rasulullah (lirik Raihan)

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Friday, February 4, 2011

Selamat "Gong Xi Fa Cai"


Laman Budaya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa Cina, semoga Tahun Arnab Emas (mengikut kepercayaan masyarakat Cina) akan membawa lebih banyak tuah, kekayaan, kesihatan dan keharmonian untuk semua.

Aktiviti-aktiviti seni akan terus bersemarak di Shah Alam. Jangan lupa untuk terus menyokong dan sama-sama mewarnai seni dan budaya!