Tuesday, April 24, 2012

"ADIWARNA" di Laman Budaya!

Sekitar PSS@LBSA edisi 22 April

Edisi PSS 22 April 2012 (Ahad)  telah menyajikan pengunjung di Laman Budaya dengan pelbagai persembahan yang menarik. Antara yang memeriahkan pentas Laman Budaya adalah Bacaan Puisi oleh Kerusi Sepi di mana beliau telah menyampaikan beberapa buah puisi antaranya yang bertajuk Perempuan dan Aku Punya Akal. Tidak ketinggalan aktvis seni muda Zulfahmee dan Nani Saudiar juga telah melontarkan puisi mereka dengan mengangkat karya Allahyarham Dato’ Usman Awang.
 
Salain persembahan puisi turut ditampilkan ialah kumpulan Silhouette yang terdiri daripada 6 anak muda. Mereka telah membawa beberapa buah lagu antaranya All The Small Thing, Mungkin Bila Nanti dan Kau dan Aku. Lebih manis apabila  Cikgu Salwani daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam turut mendendangkan beberapa buah lagu.
 
Acara kemuncak program ialah persembahan oleh artis jemputan iaitu penyanyi popular Amlyea dan Nine dari kumpulan Coco. Mereka telah menyampaikan beberapa buah lagu antaranya We found Love, Bercinta, Someone Like You dan OST dari cerita Paan dan Paiz, Major Problema.

 
Cikgu Salwani yang juga merupakan kakak kepada pelantun
soprano hebat Malaysia, Syafinaz

 Kerusi Sepi, penyair muda
 
 Amylea dan Nine (COCO)
 
Kumpulan anak muda Silhouette
  

Friday, April 20, 2012

Malam Puisi Riong - Shah Alam kembali di Laman Budaya Shah Alam!


Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Berita Harian sekali lagi berkolabarasi mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam dengan mengangkat tema "Adiwarna". Program Malam Puisi ini akan berlangsung pada 4 Mei 2012 (Jumaat) bermula pada jam 8.30 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam. Adiwarna yang membawa maksud “indah sekali” akan diterjermahkan dan dizahirkan dalam bentuk puisi, lagu puisi, persembahan puisi dra, gerak tari dan pergendangan. Persembahan puisi berelemenkan kemanusiaan ketuhanan, alam sekitar dan kasih sayang ditekankan pada program yang akan berlangsung nanti.

Malam puisi tersebut akan membariskan pemuisi hebat  iaitu Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Ibrahim Ghaffar, penyair veteran tershor Ahmad Sarju dan Dr Zurinah Hassan.

Dalam pada itu, beberapa penghibur tanah air iaitu Haziq (AF), Shiha (Mentor), Asmidar (Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa) dan penyanyi sedang mencipta nama Awi Rafael turut akan menyerikan majlis. Pengacara popular TV3, Fedtri Yahya bertindak selaku pengemudi majlis.Antara penggiat seni yang turut tampil ialah penggiat seni muda Mosyuki Borhan, dan Para Jamaludin. Turut akan beraksi ialah Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 dari Afghanistan, Sebghatullah Qazidada dan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ASP Foo Chek Seng.

Malam Puisi Riong kali ini juga menampilkan bingkisan istimewa  kepada Sasterawan Negara (SN) ke 3, Allahyarham Dr Usman Awang di mana beberapa karya agungnya akan dibaca pada malam tersebut. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan mengangkat 2 karya puisi yang bertajuk “Ke Makam Bonda” dan “Salam Benua” secara puisi dra. Pelantun cilik iaitu adik Ain Basyirah dan Mohd Izzat Haziq akan membaca puisi “Mahkota Cinta” dan “Pesan”.

Pengunjung juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.Bhg Dato Hj Mohd Jaafar Hj Mohd
Atan (Datuk Bandar Shah Alam) dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn.Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid. Sementelahan itu juga, pengunjung akan dihidangkan dengan persembahan istimewa Kumpulan KesenianShah Alam (KKSA) yang akan menampilkan gerak tari “Adiwarna” dan “Ketika Cinta”. Orang ramai juga turut disajikan dengan persembahan pergendangan oleh
Kumpulan Drum Simfoni .

Tujuan utama penganjuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, membina
hubungan baik pihak media dan masyrakat, mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian,Ketuhanan dan alam sekitar kepada masyarakat.


Sekian,
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam

Jom PSS@LBSA Edisi 22 April


Monday, April 16, 2012

Sekitar PSS "Showcase Sekolahku Berbakat"

Duo yang berbakat
Paduan suara yang unik!
Kelincahan kumpulan Extraordinary
Niners Generations
Lawak yang spontan dari Triple A
Shafiqa/Burhan/James
Paduan suara 3 remaja
Band senior yang menggelarkan diri mereka Alive bertenaga!
Bakat muda yang bersahaja Nazeera Shukor
Menjadi tumpuan "Laila & The Nutterjacks"

Salam semua! saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta bagi Showcase Sekolahku Berbakat. Siapa sangka, disebalik wajah keanak-anakan tersimpan bakat yang sangat luar biasa! Sebenarnya banyak lagi kumpulan dan peserta yang bertanding, pihak Editorial memhon maaf kerana tidak dapat memuat turun semua gambar kerana tiada dalam simpanan kami. Sekiranya pembaca mempunyai gambar-gambar unutk dikongsi boleh menghubungi pihak Editorial. Apa-apa pun semua peserta showcase adalah sangat berbakat!!! Tahniah semua!

Thursday, April 12, 2012

Tahniah kepada semua adik-adik cilik!

Salam semua buat tatapan! Pihak editorial mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik cilik yang telah menunjukkan bakat bercerita yang sangat hebat. Kepetahan adik-adik membuatkan ramai pengujung program Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul kagum dan terhibur.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh maskot Kak Anis dan Alif dari (PPAS). Turut membuat persembahan ialah artis popular Malaysia, Ana Rafali. Pihak Editorial juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Datuk Hj Mohd Jaafar Hj Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan semua peserta.

Tuesday, April 3, 2012

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul kembali!!!


Salam ceria semua! Jangan lupa temu janji kita Ahad ini yea!!!

Bingkisan APRIL untuk anda semua!!!


Erath Hour 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Hye semua! tanamkan dalam hati bahawa kita sayangi bumi! Pada malam sambutan Earth Hour turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti kayuhan malamm, bacaan puisi beramai-ramai, persembahan tarian oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA), persembahan Boria, bacaan ikrar alam sekitar, drum somfoni, gamelan dan juga puisi dra oleh Mahakarya Shah Alam. Terima kasih di atas sokongan anda semua!!!

Sorotan PSS pada 18 dan 25 Mac!!!

UPDATE SOON