Tuesday, June 23, 2009

Kenyataan Media - Band Idola Akhir

Setelah hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir Band Idola akan menemui penonton pada 28 Jun ini bermula pada jam 4.00 petang di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap merebut gelaran Band Idola 09. Kumpulan yang Berjaya mara di peringkat akhir ialah Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Setiap kumpulan akan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan akhir itu juga akan diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Band Idola, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

No comments: