Monday, December 14, 2009

Pertandingan Akhir Juara D'Muzik

Pertandingan Akhir Juara D’Muzik Shah Alam 2009 akan menyusul di Perkarangan Stadium Malawati pada 20 Disember 2009 sempena Selangor Ria 2009. Setelah 6 episod diadakan di Laman Budaya Shah Alam dan menerima ratusan penyertaan, maka kemuncak pertandingan akan menyaksikan 10 peserta berentap bagi merebut gelaran Juara D’Muzik Shah Alam 2009. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan para peserta meyampaikan sebuah lagu dan persembahan mereka diiringi oleh Kombo MBSA. Juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500.00 berserta sijil penyertaan dan piala, tempat kedua RM 1000.00 berserta piala dan sijil, tempat ketiga RM 500.00 berserta piala dan sijil, manakala saguhati tempat ke empat hingga sepuluh akan membawa wang tunai RM 100.00 dan sijil. Bagi katagori persembahan terbaik pula para peserta akan membawa pulang wang tunai RM 300.00 berserta sijil. Sementelahan itu, program turut diserikan dengan penampilan istimewa artis undangan Imran Ajmain.

Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat baru tetapi ia memberi ruang kepada mereka untuk berkarya. Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Juara D’Muzik 2009, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

No comments: