Monday, April 12, 2010

Pertandingan Bercerita capai objektif

Shah Alam 28 Mac 2010, satu pertandingan bercerita Sirah – sirah Rasul telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tujuan pertandingan ini diadakan untuk memupuk para peserta supaya lebih berkeyakinan dan dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

Pendaftaran peserta telah dibuka seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Sebelum berlangsungnya pertandingan peserta telah diberi taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan. Untuk makluman, pada dasarnya bahagian hanya menganggarkan seramai 30 pesarta sahaja tetapi telah melebihi sasaran yang dianggarkan iaitu seramai 47 peserta yang mengambil bahagian.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.B. Puan Rodziah bt Ismail, Y. Bhg. Dato’ Mazalan Md Noor dan Y. Berusaha Tuan Mohtar Hani. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Mohd Suffian Ismail (Kementerian Pelajaran Malaysia), Muhd Azman b. Mohd Nawi (Karangkraf) dan Pn. Zeqty Nattrah bt Ramli (Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Selangor). Pertandingan ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori perempuan dan lelaki. Kategori lelaki johan dimenangi oleh Amir Zharif Firdaus, naib johan Muhammad Hafiz b. Ahmad Tarmidi, tempat ketiga dimenangi oleh Aiman Hakim b. Rahman dan persembahan terbaik dimenangi oleh Muhammad Haikal zafri. Kategori perempuan pula johan dimenangi oleh Nur Ilham Al–Fahmi, naib johan Sharifah Nur Husnah, tempat ketiga Fazlyana Izzah Atirah manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Nurul Iffah Zulaikha Ariffin. Penyampaiaan hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Puan Rodziah bt Ismail.

Pertandingan ini di meriahkan lagi dengan penampilan istimewa oleh Ammar yang membuat persembahan silap mata serta nyanyian. Program tamat sekitar 6 petang. Tuntasnya, pertandingan ini telah mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan

No comments: