Wednesday, July 7, 2010

PERTANDINGAN KOIR SELANGOR SHINES 2010

Aassalamualaikum dan salam sejahtera


Pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa penyertaan bagi Pertandingan Koir Selangor Shines 2010 telah ditutup secara rasminya. Pertandingan ini akan berlangsung pada 17 Julai ini (Sabtu) bertempat di Auditorium MBSA dimana 22 pasukan akan berentap yang membabitkan 14 pasukan sekolah menengah dan 8 pasukan sekolah rendah.


Berikut ialah atur cara terkini

8.30 pagi :Pendaftaran pasukan sekolah menengah
8.40 pagi :Sarapan pagi
9.30 pg :Pertandingan bermula

12.00 tghr :Pendaftaran sekolah rendah

12.45 :Makan tengah hari

2.00 ptg :Pertandingan sekolah rendah

4.00 :Jemputan persembahan & penyampaian hadiah

*Perkara 12 dalam syarat penyertaan adalah ditegaskan dan diguna pakai.
- Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa.
-Undian giliran juga dibuat oleh pihak urusetia berdasarkan kepada keputusan mesyuarat. Penyertaan berdasarkan 20 pasukan terawal yang mendaftar.

Sekian makluman dan orang ramai dijemput hadir

1 comment:

Anonymous said...

omg..betul ke dah tak boleh nak enter lagi...saya ketua koir sekolah maxwell kuala lumpur...saya baru nak hantar borang penyertaan hari nie...pada surat tu tulis hari last hantar borang ialah pada 15 julai hari khamis..tolong kumpulan koir sekolah saya nak join..please2 tolong balas kat email saya, conventguy_17@yahoo.com..harap harap boleh join...