Monday, February 28, 2011

Juara D'Muzik@LB 2011 milik Danie Hasbullah!

Juara D'Muzik 2011 - Danie Hasbullah

Naib Juara - Norzianawaty yang persona


Tempat ke 3 & Persembahan terbaik - Kasih Ashikin


Persembahan Fazli Zainal yang memukau

KKSA yang menghiburkan

BINGKISAN JUARA D'MUZIK 2011

Hujan lebat di LBSA hampir setengah jam petang 27 Februari tidak mematahkan semangat para peserta akhir Juara D’Muzik 2011. Pertandingan akhir itu tampil hebat dan menghiburkan. Penganjur telah melantik 3 juri professional yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Muzik UiTM. Orang ramai juga dihiburkan oleh persembahan kebudayaan oleh KKSA dan artis popular Fazli Zainal.

Seramai 12 orang peserta yang bertanding iaitu Anuar Mohd Yusof (Camelia), Nur Audi Wajihah (Kau Kunci Cintaku), Shah Rizal (My Baby You), Nor Azian Ahmad (Melodi Perpisahan), Kasih Ashikin (Kawan), Mohd Farid (Drama King), Norzianawaty (Salam Untuk Kekasih), Armin Muji (Usang), Sabril Hakim (I’m The Lucky One), Mohd Zaikhan Khayan (Memori Cinta Luka), Danie Hasbullah (The Way It Use To Be) dan Muhamad Shah (Al-Jannah).

Danie Hasbullah yang melantun lagu (The Way It Use To Be) telah muncul sabagai Juara dan membawa wang tunai sebanyak RM 1,000.00, tempat kedua dimenangi oleh Norzianawaty membawa wang tunai RM 700.00, tempat dimenangi oleh Kasih Ashikin membawa wang tunai RM 500.00. Lebih manis apabila Kasih Asyikin juga membawa hadiah tambahan RM200.00 kerana menambat hati juri dengan persembahan terbaik. Bagi saguhati, para peserta masing-masing membawa wang tunai RM100.00 dan hadiah iringan.

Orang ramai juga tidak ketinggalan merebut pelbagai hadiah kuiz penonton. Soalan-soalan pengetahuan am berkisar Bandaraya Shah Alam telah diaju. Acara telah berakhir dengan jayanya tepat jam 6.50 petang. Program Pertandingan Akhir Juara D’Muzik juga mendapat liputan oleh rakan-rakan media seperti TV Selangor, Majalah Media Hiburan dan blogger hiburan.

No comments: