Thursday, March 21, 2013

"Shah Alam Talent Time"


Program santai PSS edisi 17 Mac membawakan “Shah Alam Talentime”. Program yang sepatutnya dijadualkan pada jam 3.00 petang terpaksa diadakan pada jam 5.00 petang memandangkan hujan lebat  melanda bandaraya Shah Alam.

Pentas LBSA dibuka dengan persembahan daripada residen  artis MBSA iaitu Shahz dengan melantun dua buah lagu iaitu ”Cuba-Faizal Tahir” dan ”Goodbye-Air Supply” .  Program “Shah Alam Talentime”  menampilkan 14 persembahan para pelajar SMK Seksyen 9  yang terdiri daripada nyanyian secara berkumpulan, duo, solo dan juga tarian.

Ternyata adik adik ini mempunyai bakat yang bakal menghiasi industri kreatif  tanah air. Pihak produksi LBSA memilih 5 persembahan terbaik pada hari itu iaitu Edry Farhan Rosli, AiAI & Buck, Defranco, Nazeera Shukor dan Locomotive yang masing-masing membawa hadiah wang tunai sebagai galakan. Mereka juga akan diberi peluang untuk beraksi di lain acara!

Program kali ini telah menarik minat seramai 500 orang yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.  Tirai LBSA pada petang itu ditutup dengan sajian halwa telinga oleh kumpulan “Shah Alam Drum Circle”

Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul

Assalamualaikum dan salam perpaduan semua, 

Pihak tenaga kreatif ingin memaklumkan bahawa pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul akan kembali menemui para peserta hebat pada 13 April 2013 yang akan berlangsung di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. 

Kepada para guru,ibu-bapa dan adik-adik semua, sila muat turun borang penyertan dan syarat-syarat pada pautan di bawah ini.



https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3aV9UNG9na3Zua2c/edit?usp=sharing

Monday, March 4, 2013

Penulis prolifik serikan PSS 3 Mac

Program Seni Setempat edisi 3 Mac tetap berlangsung walaupun hujan lebat yang diselangi petir melanda Laman Budaya Shah Alam. PSS tergendala buat seketika memandangkan berlaku pintasan elektrik. Tenaga kreatif LBSA berusaha sebaik mungkin dan keadaan pulih seperti sediakala.

Penulis prolifik tanah air yang juga pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Raihani Mohd Saaid turut beraksi membaca 2 buah puisi. Beliau yang juga merupakan anak kepada Budayawan negara Dr Zurinah Hassan dengan penuh bersahaja menyakinkan para penonton setia.

Turut membuat persembahan ialah kumpulan tari, kombo MBSA yang mengiringi residen artis Shahz dan Wawa serta penyanyi jemputan Syidah. Pada kali ini program pembelajaran perkusi bersama SADC ditukar kepada persembahan khas SADC untuk pengunjung laman budaya.