Thursday, March 21, 2013

"Shah Alam Talent Time"


Program santai PSS edisi 17 Mac membawakan “Shah Alam Talentime”. Program yang sepatutnya dijadualkan pada jam 3.00 petang terpaksa diadakan pada jam 5.00 petang memandangkan hujan lebat  melanda bandaraya Shah Alam.

Pentas LBSA dibuka dengan persembahan daripada residen  artis MBSA iaitu Shahz dengan melantun dua buah lagu iaitu ”Cuba-Faizal Tahir” dan ”Goodbye-Air Supply” .  Program “Shah Alam Talentime”  menampilkan 14 persembahan para pelajar SMK Seksyen 9  yang terdiri daripada nyanyian secara berkumpulan, duo, solo dan juga tarian.

Ternyata adik adik ini mempunyai bakat yang bakal menghiasi industri kreatif  tanah air. Pihak produksi LBSA memilih 5 persembahan terbaik pada hari itu iaitu Edry Farhan Rosli, AiAI & Buck, Defranco, Nazeera Shukor dan Locomotive yang masing-masing membawa hadiah wang tunai sebagai galakan. Mereka juga akan diberi peluang untuk beraksi di lain acara!

Program kali ini telah menarik minat seramai 500 orang yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.  Tirai LBSA pada petang itu ditutup dengan sajian halwa telinga oleh kumpulan “Shah Alam Drum Circle”

No comments: