Thursday, June 20, 2013

Malam Puisi Riong Shah Alam kembali!!!



 
Pada kali ini MPR-SHAH ALAM mengangkat tema "SEKILAS KASIH" yang menekankan elemen Ketuhanan, Cinta Rasul, Kemanusian, Kenegaraan dan Alam. Bakal berlangsung pada 28 Jun 2013 di Laman Budaya Shah Alam yang merupakan hub seni seni di Shah Alam. Ia merupakan kali ke 4 kerjasama jitu antara  BH-MBSA. Masuk adalah percuma.

Sasterawan Negara yang Ke 12 iaitu Y.Bhg Dato’ Baha Zain akan beraksi. Selain itu, pentas LBSA juga akan menyaksikan persembahan Alyah, Aizat, Black, Pak Agi, Imam Muda Najdi, Raihani Mohd Saaid, Imran Rashidi Ibrahim, Mohd Hatta Mohd Yatim, Naque Ariffin dll. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan membawakan puisi “Sekilas Kasih” dan nyanyian secara koir.

Turut tampil ialah para pelajar cilik yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi Sakinah dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam. Pada kali ini MPR-SHAH ALAM merentasi 4 generasi utama, iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan orang lama. Dalam pada itu, gerak tari patriotik dan kemanusian akan dizahirkan oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA)

No comments: