Wednesday, November 20, 2013

Pertandingan Instrumentalis

Pertandingan Instrumentalis “Sound Of Rhythm” telah diadakan pada 10 November 2013 di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam.  Pertandingan ini terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah Menengah dan IPT.

Peserta bebas membuat persembahan seperti persembahan Band, Koir, Persembahan Solo alat muzik , Coral Speaking, percussion dan nyanyian secara acapella. Pertandingan tersebut  telah diadili oleh 3 orang hakim iaitu En. Aznul Haidi bin Mohd Azmi daripada fakulti Muzik UiTM Shah Alam, En. Ku Shahril Azli bin Ku Shaari daripada Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Selangor (JKKN) dan En. Mohd Zulfahmee bin Ismail wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Korporat.

Terdapat 10 buah kumpulan yang mengambil bahagian dan masing-masing membawa 2 buah persembahan. Lebih 700 pengunjung yang menghadiri program tersebut. Sementelahan itu, orang ramai turut dihiburkan oleh residen artis MBSA serta penampilan khas oleh kumpulan khas oleh artis remaja popular tanah air iaitu kumpulan Forteen.

Pemenang tempat pertama membawa wang tunai RM 2,000.00, tempat kedua RM 1,500.00, tempat ketiga RM 1,000.00, Best Showcase RM 700.00 dan 4 tempat saguhati RM 500.00 serta sijil penyertaan.

Berikut merupakan nama-nama pemenang :-

Tempat pertama        :           Nada Akustika
Tempat kedua           :           Shines Choir
Tempat ketiga           :           The Nose

Saguhati                    :           Black Bird
                                     :           Dolcissimo
                                     :           Four Bros
                                     :           Permata Choir


Best Showcase        :           Trazz             


























No comments: