Monday, December 16, 2013
Muzika Shah Alam penutup tirai program seni di LBSA 2013!
Kemeriahan Muzika Shah Alam menjadi edisi penutup program kebudayaan dan kesenian 2013. Dengan pelbagai program yang direncana telah berlangsung dengan baik pada 14 dan 15 Disember di Laman Budaya Shah Alam. Bagi peminat teater, bingkisan istimewa teater Muzikal Hentian dengan menampilkan lebih 20 pelakan berbakat. Ia telah dipertontonkan pada orang ramai pada 14 Disember (Sabtu). Muzika Shah Alam yang bertagline Seni Untuk Semua meneruskan agenda program pada 15 Disember dengan Permainan Rakyat oleh Guli Geng dan lebih 100 orang peserta yang turut mengambil bahagian. Ia berlangsung pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini juga mendapat liputan dari TV3. Pada jam 3.00 petang pula telah berlangsung persembahan pentas istimewa dengan menampilkan showcase kombo MBSA, gerak tari oleh beberapa kumpulan, persembahan silat, puisi oleh Budayawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan dan para pemuisi lain, persembahan oleh artis popular Amylea Azizan dan Kumpulan FORTEEN. Program ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil JKKNS, Kementerian Kebudayaan & Pelancongan, para peminat seni budaya dan para pegwai MBSA seperti En Shahrin Ahmad dan Puan Fakhizah. Lebih 500 orang berkunjung ke program tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment