Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul

Assalamualaikum dan salam perpaduan semua, 

Pihak tenaga kreatif ingin memaklumkan bahawa pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul akan kembali menemui para peserta hebat pada 13 April 2013 yang akan berlangsung di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. 

Kepada para guru,ibu-bapa dan adik-adik semua, sila muat turun borang penyertan dan syarat-syarat pada pautan di bawah ini.



https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3aV9UNG9na3Zua2c/edit?usp=sharing

Monday, March 4, 2013

Penulis prolifik serikan PSS 3 Mac

Program Seni Setempat edisi 3 Mac tetap berlangsung walaupun hujan lebat yang diselangi petir melanda Laman Budaya Shah Alam. PSS tergendala buat seketika memandangkan berlaku pintasan elektrik. Tenaga kreatif LBSA berusaha sebaik mungkin dan keadaan pulih seperti sediakala.

Penulis prolifik tanah air yang juga pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Raihani Mohd Saaid turut beraksi membaca 2 buah puisi. Beliau yang juga merupakan anak kepada Budayawan negara Dr Zurinah Hassan dengan penuh bersahaja menyakinkan para penonton setia.

Turut membuat persembahan ialah kumpulan tari, kombo MBSA yang mengiringi residen artis Shahz dan Wawa serta penyanyi jemputan Syidah. Pada kali ini program pembelajaran perkusi bersama SADC ditukar kepada persembahan khas SADC untuk pengunjung laman budaya.

Tuesday, February 5, 2013

Monolog pukau penonton di LBSA

Tarian moden yang bertenaga

Gerak tari kreasi sebagai pembukaan

Berpadu suara menyanyikan lagu Hijau oleh pelantun residen artis Shah Alam
Meme, Syahz dan Wawa

Bersahaja tetapi pernuh ekspresi, monolog oleh Naque

Persembahan puisi dan monolog oleh penggiat muda Naque Ariffin berjaya memukau peminat seni di Laman Budaya Shah Alam. Tanpa menyarungkan kasut, Naque Ariffin berjaya menonjolkan ekspresi yang tersendiri. Pada petang itu juga penonton disajikan dengan persembahan tarian dan showcase kombo MBSA yang membariskan pemuzik profesional dan residen artis Shah Alam. Lebih dari 350 orang yang hadir ke program tersebut.
Sesi pembelajaran perkusi bersama Shah Alam Drum Circle juga mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung LBSA petang itu. Kemeriahan tetap terasa walaupun dipenghujung program hujan turun dengan lebatnya.

Tuesday, January 29, 2013

PSS kembali temui peminat seni!

Seni Silat yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan!
Street Percussion

Persembahan unik oleh Street Percussion
Residen artis Wawa
Residen artis Shahz

Penuh penghayatan oleh Shahz

Residen artis Mimi


Hujan di waktu petang pada 20 Januari 2013 yg lalu bukan penghalang edisi pertama PSS 2013 berlangsung dengan jayanya. Lebih 300 pengunjung yang hadir ke program tersebut. Barisan tenaga kreatif LBSA berusaha mengadakan program santai untuk warga Shah Alam lagi pada tahun ini dengan lebih meriah dan bertenaga.
 
Pada kali, pentas LBSA dibuka dengan kelincahan aksi silat oleh Kumpulan Seni Silat Gayung Malaysia. Showcase oleh kombo MBSA bersama residen artis Shah Alam telah menggamatkan suasana petang itu. Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan drumline mantap kumpulan Street Percussion” .

Imbasan Kalendar Aktiviti 2012

Thursday, January 3, 2013

Menyingkap tabir 2013!

Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua! Semoga tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan bermakna buat kita semua.

Melunaskan program seni dan budaya bukanlah sesuatu yang mudah dan remeh. Tugas-tugas produksi juga semakin mencabar. Tenaga kreatif berusaha untuk mengembeleng idea bagi memperkasa program seni ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan. InsyaAllah.