Thursday, March 5, 2009

Dari Laman Budaya


Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan dan kesenian dalam membina perpaduan bangsa Malaysia, Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA optimis dalam melestarikan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Shah Alam. Menjadikan Laman Budaya sebagai pusat seni setempat, pelbagai aktiviti dirancang bagi tahun 2009.

Aktiviti yang dirancang mengenengahkan produk senibudaya dan warisan kepada khalayak. Sepanjang tahun 2009 kita menghidangkan kepelbagaian aktiviti seperti persembahan kebudayaan pelbagai kaum, muzik, sketsa, permainan tradisional, kraf, seni tampak, tarian, nyanyian, puisi Islam, pameran dan permainan tradisonal serta aktiviti-aktiviti seni lain yang berkaitan dengan matlamat memperkenal dan mengekalkan intisari seni budaya dan daya tarikan seni di dalam kehidupan masyarakat.

Tahukah Anda?

Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Di Negeri Selangor keroncong telah menjadi sinonim “soul of music” dan ia dinamakan sebagai Keroncong Selangor -Fahmee_pr

Setanggi Kasih

Fahmee, Ku Ars, Hafiz Hamidun dan Amar

Tarian dari Kumpulan Kesenian Selangor

Ku Ars Azman dengan puisi Islam
Persembahan Silap Mata dari Amar
Membuka tirai 1 Mac 2009, program Setanggi Kasih mengambil tempat di pentas Laman Budaya. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam menampilkan pelbagai konsep persembahan seperti nasyid, persembahan puisi Islam, silap mata dan juga tarian.

Turut menyerikan program tersebut ialah artis seperti Suhaimi ,Hafiz Hamidun dan Amar. Program ini diadakan bagi meyemarakkan kegiatan seni dan ia merupakan salah satu medium dakwah melalui hiburan.

Wasilah Cinta Palestin

Dramatari dari Kumpulan Kesenian Selangor

Antara perserta yang menjayakan persembahan


Antara perserta program yang menjayakan persembahan

Bacaan puisi oleh Ku Ars Azman dan Zulfian Isma Mirza

Wasilah Cinta Palestin diadakan sebagai manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim zionis membunuh rakyat Palestin. Sokongan berterusan dan pengharapan kepada rakyat Palestin diluahkan melalui seni persembahan yang dinamakan “Wasilah Cinta Palestin”.
Program yang telah diadakan pada 22 Februari yang lalu telah menggabungkan beberapa elemen persembahan seperti muzik, nyanyian lagu-lagu kemanusian, dramatari, puisi dan gerak tari-Fahmee_pr

Program Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Tenaga Produksi dan para artis persembahan


Tarian Kebudayaan dari Kumpulan Kesenian Selangor

Paluan Gendang oleh Kumpulan Soka Gakai


Jendela 2009 di Laman Budaya Shah Alam disajikan dengan persembahan sempena program Sambutan Tahun Baru Cina. Program sulung pada tahun 2009 telah menampilkan persembahan tarian kebudayaan cina, paluan gendang, tarian singa dan naga. Menyahut aspirasi perdana, Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA akan tampil komited dalam melestarikan akitiviti kesenian dan kebudayaan - Fahmee_pr

Monday, May 19, 2008

Pameran Foto

Pada 18Mei 2008, Pameran Foto telah diadakan oleh Kelab Seni Foto Budaya. Turut serta mengisi program ialah Persembahan Kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan,Pameran serta jualan oleh pelajar UiTM,jualan lukisan pihak Galeri ,jualan barangan kraf dan juga baju.Program ini berlangsung hasil kerjasama bersama MBSA dan amat mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung pada hari tersebut.

Jualan dari pelajar UiTM dilihat sangat berseni dan menarik,begitu juga dengan pihak Galeri Shah Alam. Gambar dari Kelab Foto Seni Budaya juga dilihat begitu cantik dan mempunyai seni nya tersendiri ,persembahan tarian dan nyanyian juga dapat menghiburkan pengunjung yang hadir. Anggaran 150orang yang menghadiri program pada hari ini - Puspa


Antara jualan lukisan oleh pihak Galeri Shah Alam


Pameran foto oleh Kelab Seni Foto Budaya





Program Juara Karaoke 11 Mei

Juara Karaoke telah berlangsung dipentas laman Budaya.Penyertaan adalah menggalakkan.Lagu yang dipilih kebanyakkan lebih kepada penyanyi-penyanyi lama.Mungkin lagu-lagu pada masa lalu lebih bernostalgia dari lagu pada masa kini.Juri yang hadir adalah seramai 3 orang.

Pada hari tersebut juga telah dijemput artis undangan, Roy bagi memeriahkan program yang berlangsung.Ternyata menjemput dan membayar beliau tidak mengecewakan kerana lagu yang disampaikan dan cara beliau berinteraksi dengan penonton ,amat menghiburkan.

Terdapat jualan barangan kraf seperti biasa dan juga kombo yang bermain muzik pada hari itu bagi mengiringi nyanyian Roy adalah ahli muzik daripada MBSA,jika dilihat pada usia ,memang padan dengan pengalaman mereka.Muzik yang dimainkan sangat bertenaga dan telah menghiburkan pengunjung yang hadir-Puspa

Roy yang menghiburkan pengunjung


Antara pemuzik dari MBSA yang bermain bagi mengiringi Roy pada hari tersebut