Wednesday, November 25, 2009

Sambutan Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor

Majlis Penyampaian Hadiah oleh Y.B Puan Rodziah Ismail

Peace and Harmony Shah Alam


Pengujung khusyuk menonton persembahan

Pengunjung di Booth Cartoon Cafe

Persembahan cilik

Persembahan oleh artis Amar

Choral Speaking

Sekitar mewarna

Projek Kanak-Kanak Cilik

Makcik pun nak juga uncle Coco


Shah Alam Ahad, 22 Nov - Kemeriahan LBSA jelas terasa dengan ratusan kanak-kanak membanjiri LBSA sempena program Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Program yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam itu dirasmikan oleh Y.B Puan Rodziah binti Ismail, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Sains, Teknlogi & Inovasi. Turut hadir bersama ialah Encik Adzhar bin Maludin, Ahli Majlis MBSA, Encik Mohd Hasbi Abd Rashid, Timbalan Pengarah JKM dan dif-dif jemputan dari pelbagai agensi.

Program yang sarat dengan pelbagai aktiviti itu bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 6.50 petang. Program ini berjaya menarik lebih 1400 pengunjung ke LBSA. Dalam ucapan perasmian Y.B Puan Rodziah, beliau menyatakan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program yang telah disediakan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak di Selangor sekaligus memperkasa dan menyokong hak kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada program tersebut ialah pameran dari agensi seperti Jabatan Polis, PPAS, TAWAS, JKM, Rantaian Mesra Sdn Bhd, One Stop Crisis Centre dan Cartoon Cafe. Bagi acara pentas pula, pelbagai persembahan disertai oleh kanak-kanak sekolah seperti, choral speaking, nasyid, tarian, drama tari, teater, bercerita, senam tari dan koir. Lebih manis apabila pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan istimewa nasyid dan silap mata oleh artis Amar dan uncle Coco (badut). Di samping itu juga pertandingan mewarna dan sukan rakyat juga mengisi slot bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Program berakhir dengan penyerahan deklarasi oleh wakil kanak-kanak kepada Y.B Puan Rodziah binti Ismail. Deklarasi tersebut menggesa agar perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di Negeri Selangor dititikberatkan.

No comments: