Wednesday, March 30, 2011

Sisipan Kombo MBSA di Majlis Santapan bersama DYMM Sultan Selangor

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul Edisi 2011


Salam semua!!! Di dunia April, kami bawakan anda Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul edisi 2011. Pastikan temu janji anda dan keluarga di Kompleks PKNS pada Ahad ini....

Catatan dari Melaka Bandaraya Bersejarah

Monday, March 21, 2011

Band FATAMORGANA juarai "Music For Youth" 2011

Lunas sudah pertandingan akhir "Music for Youth" 2011 di LBSA. Kumpulan Fatamorgana telah menjadi juara bagi edisi 2010 dan menggondol wang tunai RM 1,500.00, Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan Cleopatra yang membawa wang tunai sabanyak RM 1,000.00 dan tempat ke-3 Kumpulan Pujangga dengan membawa wang tunai sebanyak RM 700.00. Dalam pada itu, Pujangga juga memenangi lirik ciptaan terbaik yang melayakkan mereka mendapat tambahan RM300.00.

Edisi 2011 menyaksikan 6 kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir, setiap kumpulan telah membawa lagu ciptaan sendiri dan lagu pilihan. Kumpulan yang bertanding tidak pulang dengan tangan kosong kerana wang tunai RM300.00 diberi saguhati bagi tempat ke 4-6.

Pertandingan telah diadili berdasarkan ciptaan lirik lagu, vokal, kerja kumpulan dan cara/kendalian peralatan muzik. Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Rizu (OIAM) dan Amylea (AF). Lebih manis pengunjung yang datang juga telah berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah kuiz yang berkisar pengtahuan am dan Bandaraya Shah Alam.

Tuesday, March 15, 2011

Pertandingan Akhir Music For Youth 20 Mac ini!!!

Rizu (OIAM)

Amylea AF

Siapa juara?? 2011



Shah Alam - Pertandingan akhir Music For Youth akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap pada 20 Mac ini. Ia terdiri daripada Blurdeck, Cekau-Cekau, Cleopatra, Fatamorgana, Pujangga dan Lava. Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Laman Budaya Shah Alam (LBSA) bermula jam 5 petang.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut di samping berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah kuiz yang disediakan. Soalan kuiz pula adalah berkisar mengenai Bandaraya Shah Alam dan isu-isu semasa.

Juara pertandingan akan membawa wang tunai bernilai RM1500, naib juara pula RM1000 dan bagi tempat ketiga akan menggondol wang tunai RM700. Kumpulan yang bertanding di peringkat akhir tidak pulang dengan rasa hampa kerana saguhati wang tunai RM300 akan diberi. Dalam pada itu, pengajur juga menyediakan RM300 bagi lirik terbaik.

Artis muda tanah air iaitu Amylea (AF) dan Rizu (OIAM) turut membuat persembahan pada petang tersebut. Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Kebudayaan & Pelancongan MBSA, En Mohd Zulfahmee di talian 0133507888