Tuesday, March 15, 2011

Pertandingan Akhir Music For Youth 20 Mac ini!!!

Rizu (OIAM)

Amylea AF

Siapa juara?? 2011



Shah Alam - Pertandingan akhir Music For Youth akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap pada 20 Mac ini. Ia terdiri daripada Blurdeck, Cekau-Cekau, Cleopatra, Fatamorgana, Pujangga dan Lava. Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Laman Budaya Shah Alam (LBSA) bermula jam 5 petang.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut di samping berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah kuiz yang disediakan. Soalan kuiz pula adalah berkisar mengenai Bandaraya Shah Alam dan isu-isu semasa.

Juara pertandingan akan membawa wang tunai bernilai RM1500, naib juara pula RM1000 dan bagi tempat ketiga akan menggondol wang tunai RM700. Kumpulan yang bertanding di peringkat akhir tidak pulang dengan rasa hampa kerana saguhati wang tunai RM300 akan diberi. Dalam pada itu, pengajur juga menyediakan RM300 bagi lirik terbaik.

Artis muda tanah air iaitu Amylea (AF) dan Rizu (OIAM) turut membuat persembahan pada petang tersebut. Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Kebudayaan & Pelancongan MBSA, En Mohd Zulfahmee di talian 0133507888

No comments: