Monday, March 21, 2011

Band FATAMORGANA juarai "Music For Youth" 2011

Lunas sudah pertandingan akhir "Music for Youth" 2011 di LBSA. Kumpulan Fatamorgana telah menjadi juara bagi edisi 2010 dan menggondol wang tunai RM 1,500.00, Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan Cleopatra yang membawa wang tunai sabanyak RM 1,000.00 dan tempat ke-3 Kumpulan Pujangga dengan membawa wang tunai sebanyak RM 700.00. Dalam pada itu, Pujangga juga memenangi lirik ciptaan terbaik yang melayakkan mereka mendapat tambahan RM300.00.

Edisi 2011 menyaksikan 6 kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir, setiap kumpulan telah membawa lagu ciptaan sendiri dan lagu pilihan. Kumpulan yang bertanding tidak pulang dengan tangan kosong kerana wang tunai RM300.00 diberi saguhati bagi tempat ke 4-6.

Pertandingan telah diadili berdasarkan ciptaan lirik lagu, vokal, kerja kumpulan dan cara/kendalian peralatan muzik. Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Rizu (OIAM) dan Amylea (AF). Lebih manis pengunjung yang datang juga telah berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah kuiz yang berkisar pengtahuan am dan Bandaraya Shah Alam.