Monday, April 25, 2011

Malam Puisi Riong-Shah Alam kembali di pentas LBSA

Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Berita Harian sekali lagi berkolabrasi mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam dengan mengangkat tema Katarsis. Program Malam Puisi ini akan berlansung pada 6 Mei 2011(Jumaat) bermula pada jam 8.00 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam. Katarsis yang membawa maksud “kelegaan emosi” akan diterjermahkan dan dizahirkan dalam bentuk puisi, lagu puisi, persembahan gerak tari oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA) dan persembahan video mengenai bencana Tsunami. Tema yang berelemenkan kemanusian dan ketuhanan diangkat pada program yang akan berlansung nanti.

Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan, penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25, Ana Rafali. Turut tampil ialah artis muda, Amylea (AF3), personaliti popular TV3, Ahmad Fedtri Yahya, dan pembaca berita BERNAMA, Tawfiq Isa. Aktivis seni muda, Fynn Jamal sekali beraksi di pentas laman.


Antara penggiat seni yang turut tampil ialah penggiat berasal dari Kelantan iaitu Harlym Yeo, Mohd Hatta Mohd Yatim (Unit Kebudayaan, UiTM Melaka), Andenn Hassan, Mohd Suffian dan Noor Azah Ahmad .Bacaan puisi eksperimental juga akan dibawa oleh Mohd Zulfahmee Ismail (Pengarah Projek Bersama, Malam Puisi Riong-Shah Alam).

Orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.Bhg Dato Haji Mohd Jaafar Moh Atan (Datuk Bandar Shah Alam). Sementelahan itu juga, para pengunjung juga berperluang untuk melihat pameran lukisan, buku dan fotografi. Program ini mengajak semua pengunjung untuk bersantai bersama keluarga di samping dihidangkan dengan bingkisan menarik persembahan.

Tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian dan Ketuhanan kepada masyarakat.


Sekian,

Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam

Sepetang bersama Kombo MBSA

Thursday, April 21, 2011

Berhibur bersama Kombo MBSA di Laman Budaya!!

Salam untuk semua! Jika ada masa senggang, dijemput anda bersama keluarga ke Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 24 April, pastinya jam 5.00 petang. Program PSS kali ini akan menampilkan Kombo MBSA bersama residen artis. Sementelahan itu juga, pentas laman akan diserikan dengan bacaan pusi dan persembahan gerak tari!!! Pastikan temu janji anda bersama kami... Pentas seni untuk semua.

Friday, April 15, 2011

Fynn Jamal kembali di pentas laman!!!

Buat tatapan, jika ada masa senggang, singgah sebentar ke LBSA, di sana ada Fynn Jamal jerayawara muda, ada jua sang seni yang lain! Pastikan kita bersua pada 17 April, Ahad, detik 5.00 petang...

Wednesday, April 6, 2011

Frinjan di LBSA!!!

Hye semua!!! temui Frinjan di LBSA sabtu ini..

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul tampil hebat!

Pertandingan Sirah-Sirah Rasul (Edisi 2011) telah berlangsung dengan jayanya pada 3 April 2011 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Seramai 31 peserta perempuan dan 25 peserta lelaki yang telah beraksi di pentas pertandingan. Pihak penganjur menerima lebih dari 100 penyertaan.

Antara tetamu kehormat yang hadir bagi menyaksikan pertandingan ini adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu, Y.B. Puan Rodziah bt Ismail, Puan Hajjah Siti Zubaidah bt Abd Jabar mewaliki PKNS, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Puan Asmah Mohd Zin (Pengarah Jabatan Korporat MBSA).

Dalam pada itu, Syafiqah Aqilah bt Zamanhuri telah berjaya menjuarai kategori perempuan manakala bagi kategori lelaki dimenagi oleh Amir Zharif Firdaus b Rahman. Juara kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00, sijil dan hadiah iringan. Semua peserta pertandingan tampil hebat dan turut membawa hadiah saguhati yang disediakan oleh pihak penganjur.

Program ini dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa oleh personalti tanah air Farrah Adeeba dan persembahan tarian kanak-kanak.