Monday, April 25, 2011

Malam Puisi Riong-Shah Alam kembali di pentas LBSA

Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Berita Harian sekali lagi berkolabrasi mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam dengan mengangkat tema Katarsis. Program Malam Puisi ini akan berlansung pada 6 Mei 2011(Jumaat) bermula pada jam 8.00 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam. Katarsis yang membawa maksud “kelegaan emosi” akan diterjermahkan dan dizahirkan dalam bentuk puisi, lagu puisi, persembahan gerak tari oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA) dan persembahan video mengenai bencana Tsunami. Tema yang berelemenkan kemanusian dan ketuhanan diangkat pada program yang akan berlansung nanti.

Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan, penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25, Ana Rafali. Turut tampil ialah artis muda, Amylea (AF3), personaliti popular TV3, Ahmad Fedtri Yahya, dan pembaca berita BERNAMA, Tawfiq Isa. Aktivis seni muda, Fynn Jamal sekali beraksi di pentas laman.


Antara penggiat seni yang turut tampil ialah penggiat berasal dari Kelantan iaitu Harlym Yeo, Mohd Hatta Mohd Yatim (Unit Kebudayaan, UiTM Melaka), Andenn Hassan, Mohd Suffian dan Noor Azah Ahmad .Bacaan puisi eksperimental juga akan dibawa oleh Mohd Zulfahmee Ismail (Pengarah Projek Bersama, Malam Puisi Riong-Shah Alam).

Orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.Bhg Dato Haji Mohd Jaafar Moh Atan (Datuk Bandar Shah Alam). Sementelahan itu juga, para pengunjung juga berperluang untuk melihat pameran lukisan, buku dan fotografi. Program ini mengajak semua pengunjung untuk bersantai bersama keluarga di samping dihidangkan dengan bingkisan menarik persembahan.

Tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian dan Ketuhanan kepada masyarakat.


Sekian,

Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam