Wednesday, April 6, 2011

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul tampil hebat!

Pertandingan Sirah-Sirah Rasul (Edisi 2011) telah berlangsung dengan jayanya pada 3 April 2011 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Seramai 31 peserta perempuan dan 25 peserta lelaki yang telah beraksi di pentas pertandingan. Pihak penganjur menerima lebih dari 100 penyertaan.

Antara tetamu kehormat yang hadir bagi menyaksikan pertandingan ini adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu, Y.B. Puan Rodziah bt Ismail, Puan Hajjah Siti Zubaidah bt Abd Jabar mewaliki PKNS, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Puan Asmah Mohd Zin (Pengarah Jabatan Korporat MBSA).

Dalam pada itu, Syafiqah Aqilah bt Zamanhuri telah berjaya menjuarai kategori perempuan manakala bagi kategori lelaki dimenagi oleh Amir Zharif Firdaus b Rahman. Juara kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00, sijil dan hadiah iringan. Semua peserta pertandingan tampil hebat dan turut membawa hadiah saguhati yang disediakan oleh pihak penganjur.

Program ini dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa oleh personalti tanah air Farrah Adeeba dan persembahan tarian kanak-kanak.