Saturday, July 16, 2011

Kepong Shines Juara Koir Selangor Shines edisi Sekolah Menengah!!!

Shah Alam - Pasukan Kepong Shines telah meraih kejuaaran bagi Pertandingan Koir Selangor Shines 2011 edisi Sekolah Menengah yang berlangsung pada 16 Julai di Dewan Auditorium MBSA. Pasukan Kepong Shines telah menaruhkan lagu Selamat Pergi Pahlawanku dan Cindai yang dipimpin oleh Moo Deqing. Juara telah membawa wang tunai RM 3000.00, piala iringan, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Dalam pada itu, naib juara telah dimenangi oleh Harmonix Youth Choir dengan membawa wang tunai RM2000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Konduktor pasukan itu, Law Yi Huey berjaya meraih konduktor terbaik. Law Yi Huey membawa pulang wang tunai RM 100.00 dan hadiah iringan. Tempat ketiga telah disandang oleh Koir D'Perdana dengan menggondol wang tunai RM1500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Lebih manis apabila Koir D'Perdana juga telah menggondol kategori persembahan terbaik yang menawarkan wang tunai RM500.00.

Sementelahan itu, Koir Convent Klang telah memenangi kategori Kumpulan Harapan yang membawa pulang wang tunai RM700.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Bagi pemenang saguhati pula, semua pasukan yang bertanding menerima wang tunai RM200.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Tuntasnya, semua pasukan yang bertanding telah menunjukkan kesungguhan dan persembahan yang baik.



*************************************************************************

KEDUDUKAN BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1.Kepong Shines
2.Harmonix Youth Choir
3.Koir D'Perdana
4.Koir Convent Klang
5.Sek.Men.Keb Perempuan Methodist Klang
6.Koir SMK Seafield
7.CHS Choir
8.Semarak BUD (4)
9.Niners Impromtu
10.Colours of the Music
11.Deo Generation
12.Hi-Sound Voice
13.The Xanders
14.Jasmine Shine
15.Seven Beats
16.SMJK Chung Hwa Klang
17.Anak Malaysia
18.Durrani
19.Sim Sim Group

No comments: