Wednesday, July 6, 2011

Koir Selangor Shine Info!




Salam sejahera buat tatapan, terutama kepada para peserta Pertandingan Koir Selangor Shine 2011! Selamat meneruskan latihan untuk menampilkan persembahan yang terbaik nanti. Para pasukan yang bertanding dinasihatkan untuk hadir lebih awal bagi melicinkan perjalanan program.

Pertadingan bagi Kategori Sekolah Menengah akan berlangsung pada 16 Julai, manakala bagi Kategori Sekolah Rendah ialah pada 17 Julai. Adalah dimaklumkan bahawa jumlah peserta yang dibenarkan ialah seramai 32 orang sahaja (30 vokal, 1 pemain keyboard dan 1 konduktor). Bagi kategori sekolah menengah pemain keyboard terdiri daripada pelajar sahaja manakala bagi kategori sekolah rendah, guru muzik dibenarkan untuk mengiringi persembahan.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 pagi bagi Kategori Sekolah Menengah (16 Julai). Pihak urusetia akan menyediakan sarapan pagi sahaja. Bagi Kategori Sekolah Rendah (17 Julai), pendaftaran akan bermula pada jam 10.30 pagi. Terdapat juga gerai jualan bagi kemudahan para peserta. Bagi Kategori

Majlis penyampaian hadiah dijangka akan berlangsung pada jam 3.45 petang bagi setiap sesi pertandingan.

Juara bagi Kategori Sekolah Menengah akan dibawa sebagai persembahan jemputan pada 17 Julai untuk memeriahkan pertandingan kategori sekolah rendah. Pihak penganjur akan menyediakan insentif RM500 bagi persembahan juara jemputan Koir Selangor Shine 2011.



******************************************************************

Skema Pemarkahan bagi Pertadingan Koir Selangor Shine 2011

Harmoni (35%)
Dinamik (25%)
Intonasi ;tone colour/pitching (10%)
Tempo;stabiliti (10%)
Sebutan (10%)
Keterampilan (5%)
Kreativiti;pergerakan,tarian,improvisasi (5%)

KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD


No comments: