Friday, April 20, 2012

Malam Puisi Riong - Shah Alam kembali di Laman Budaya Shah Alam!


Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Berita Harian sekali lagi berkolabarasi mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam dengan mengangkat tema "Adiwarna". Program Malam Puisi ini akan berlangsung pada 4 Mei 2012 (Jumaat) bermula pada jam 8.30 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam. Adiwarna yang membawa maksud “indah sekali” akan diterjermahkan dan dizahirkan dalam bentuk puisi, lagu puisi, persembahan puisi dra, gerak tari dan pergendangan. Persembahan puisi berelemenkan kemanusiaan ketuhanan, alam sekitar dan kasih sayang ditekankan pada program yang akan berlangsung nanti.

Malam puisi tersebut akan membariskan pemuisi hebat  iaitu Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Ibrahim Ghaffar, penyair veteran tershor Ahmad Sarju dan Dr Zurinah Hassan.

Dalam pada itu, beberapa penghibur tanah air iaitu Haziq (AF), Shiha (Mentor), Asmidar (Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa) dan penyanyi sedang mencipta nama Awi Rafael turut akan menyerikan majlis. Pengacara popular TV3, Fedtri Yahya bertindak selaku pengemudi majlis.Antara penggiat seni yang turut tampil ialah penggiat seni muda Mosyuki Borhan, dan Para Jamaludin. Turut akan beraksi ialah Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 dari Afghanistan, Sebghatullah Qazidada dan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ASP Foo Chek Seng.

Malam Puisi Riong kali ini juga menampilkan bingkisan istimewa  kepada Sasterawan Negara (SN) ke 3, Allahyarham Dr Usman Awang di mana beberapa karya agungnya akan dibaca pada malam tersebut. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan mengangkat 2 karya puisi yang bertajuk “Ke Makam Bonda” dan “Salam Benua” secara puisi dra. Pelantun cilik iaitu adik Ain Basyirah dan Mohd Izzat Haziq akan membaca puisi “Mahkota Cinta” dan “Pesan”.

Pengunjung juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.Bhg Dato Hj Mohd Jaafar Hj Mohd
Atan (Datuk Bandar Shah Alam) dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn.Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid. Sementelahan itu juga, pengunjung akan dihidangkan dengan persembahan istimewa Kumpulan KesenianShah Alam (KKSA) yang akan menampilkan gerak tari “Adiwarna” dan “Ketika Cinta”. Orang ramai juga turut disajikan dengan persembahan pergendangan oleh
Kumpulan Drum Simfoni .

Tujuan utama penganjuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, membina
hubungan baik pihak media dan masyrakat, mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian,Ketuhanan dan alam sekitar kepada masyarakat.


Sekian,
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam

2 comments:

Generasi Sakinah said...

Terima kasih atas jemputan!

http://www.youtube.com/watch?v=BthbYW_GYyA&list=UUX9f4vSfjB2eRK_r24BmWCg&index=1&feature=plcp

Generasi Sakinah said...

Terima kasih atas jemputan!

http://www.youtube.com/watch?v=BthbYW_GYyA&list=UUX9f4vSfjB2eRK_r24BmWCg&index=1&feature=plcp