MBSA amat prihatin dalam melunaskan tanggungjawab
sosial kepada masyarakat. Dalam memperkasakan program seni budaya, MBSA dengan
kerjasama Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengadakan
satu program iaitu Karnival Keusahawanan &
Kesenian (pendidikan khas peringkat Negeri Selangor 2012). Program tersebut
telah pun berjaya diadakan pada 8 November yang diadakan di perkarangan Laman
Budaya dan Galeri Seni.
“Seni Dan Budaya
Pemangkin Kreativiti Insan Istimewa” diangkat sebagai tema program. Objektif
program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya dan seni dalam diri
pelajar kelainan upaya, menerapkan semangat kerjasama berpasukan dalam setiap
lapangan atau bidang yang diceburi oleh pelajar. Ia juga bertujuan untuk
memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang kaedah
pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif berkaitan keusahawanan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil
Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 10.00 pagi. Acara perasmian turut dimeriahkan
dengan persembahan nasyid dari SMK Seksyen 9 dan persembahan koir kod tangan
dari SK Pendidikan Khas. Persembahan memukau oleh artis tempatan Rizu dari
kumpulan Forteen berjaya menggamatkan suasana. Usai majlis perasmian, para
tetamu jemputan telah dibawa ke lawatan tapak pameran dan jualan di sekitar
geleri seni. Pameran tersebut disertai oleh Pejabat Pedidikan Daerah (PPD)
seluruh Selangor dan agensi luar.
Bagi memeriahkan acara program, pelbagai
pertandingan untuk pelajar dan juga guru turut diadakan antaranya pertandingan
gubahan, nyanyian, mencating batik, mewarna, melukis dan gerai terbaik. Program
yang julung-julung kali diadakan ini berjaya mencapai objektifnya. Lebih dari
1300 orang yang hadir ke program tersebut.
No comments:
Post a Comment