Monday, November 26, 2012

PSS 25 November gamitkan penonton!

Tirai November bagi Laman Budaya ditutup pada 25 November lalu. Program santai yang lebih dikenali sebagai (PSS) berlangsung dengan jayanya. Pentas dibuka dengan gerak tari oleh Kumpulan Warisan Seni Budaya yang mempamerkan persembahan bertenaga. 
 
Sementelahan itu juga, agenda seni pada petang itu turut dimeriahkan oleh residen artis Shah Alam iaitu Mimi dan Wawa. Persembahan mereka diiringi oleh kombo MBSA yang dibarisi oleh pemuzik profesional. Turut beraksi ialah pemuisi muda dari Kuala Lumpur iaitu Amran Ibrahim Rashidi yang mendeklamasikan puisi "Ke Ruang Katarsis" dan turut mendendangkan sebuah lagu irama asli. Angin yang sepoi-sepoi bahasa di persekitaran taman tasik Shah Alam terus menjadikan suasana LBSA, tenang dan damai.
Program (PSS) diakhiri dengan sesi pembelajaran oleh Shah Alam Drum Circle (SADC). Lebih 250 pengunjung yang bersantai di petang Ahad tersebut.

No comments: