Friday, April 26, 2013

Sorotan di Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor





Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 22 & 23 April 2013 bertempat di Dewan Bankuet MBSA di bawah program Pusat Seni Setempat. Ia adalah program kerjasama  Jabatan Pelajaran Selangor dan MBSA. Tema yang diangkat pada tahun ini ialah “Al-Quran Penjana Wasatiah Ummah”.

Festival ini adalah satu usaha untuk menghidupkan sunah yang diharapkan akan menjadi acuan kehidupan remaja masa kini di samping untuk mencungkil bakat dan membuka ruang untuk menimba ilmu kepada para peserta. Festival ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah daripada semua daerah di negeri Selangor

Program ini merupakan program tahunan yang diadakan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Program ini mengumpulkan peserta terbaik di peringkat Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah daripada semua daerah di Negeri Selangor. Mereka bersaing secara sihat untuk menentukan “juara diantara juara-juara”.

Keputusan pertandingan bagi kategori sekolah menengah telah menyaksikan kontijen dari Klang telah menjuarai Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 1434H/2013M. Sementara itu, Naib Johan disandang oleh kontijen Kuala Selangor dan tempat ketiga pula ialah milik kontijen Sepang. Bagi kuputusan kategori sekolah rendah pula yang berlangsung pada 23 April telah menobatkan kontijen dari Daerah Gombak. Naib Johan disandang oleh kontijen Petaling Perdana dan tempat ketiga pula ialah milik kontijen mewakili daerah Klang.

Juara pertandingan bagi kedua-dua kategori tersebut akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Kedah. Lebih 1800 orang tetamu yang hadir bagi menyaksikan pertandingan pada 22-23 April yang lalu. Program yang dianjurkan juga telah mencapai objektifnya.

Wednesday, April 17, 2013

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul telah jangkaui 5 tahun!






Pertandingan Bercerita Sirah-sirah Rasul 2013 telah usai dilaksanakan pada 13 April 2013 di Plaza Shah Alam. Pertandingan ini merupakan kali kelima dan merupakan edisi terakhir selepas 5 tahun pelaksanaanya. Program tersebut berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Plaza Shah Alam. Ia turut mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.   
         
Pertandingan ini bertujuan melestarikan hubungan silaturrahim warga bandaraya Shah Alam. Ia bukan sahaja memberi hiburan yang berbentuk ilmiah malah ia memupuk rasa cinta tehadap para Rasul. Sementara itu, pertandingan ini adalah pemangkin dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta.

Pada kali ini penganjur menghadkan 40 orang peserta akhir yang terbaik sahaja yang mewakili sekolah atau daerah masing-masing. Peringkat saringan telahpun dibuat di sekolah dan daerah masing-masing. 

Sementelahan itu, orang ramai juga dihiburkan dengan penampilan maskot Aliff dan Anis dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), persembahan dari residen artis serta Kombo MBSA dan Kumpulan Kebudayaan Shah Alam (KKSA). Program tersebut telah dikemudi oleh 3 pengacara iatu Wan Nor Mazuani (Naib Johan Program realiti Solehah TV Al-Hijrah), personaliti TV9 iaitu Farah Adeeba dan turut dibantu oleh En Mohd Zulfahmee Ismail. 

Pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300.00, RM 200.00 dan RM150.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.  Pemenang saguhati membawa pulang sijil penyertaan dan hadiah iringan manakala pemenang bagi persembahan terbaik membawa pulang wang tunai RM 50.00 dan sijil penyertaan.  Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar bin Hj Mohd Atan.


Berikut merupakan nama-nama pemenang bagi Pertandingan Bercerita 
Sirah-Sirah Rasul 2013

Kategori perempuan :

Tempat pertama            :         Nur Ellysa Mu’izz Bte Mohd Zaini
Tempat Kedua                :         Nurul Farihah Bt  Khairul Fasilin
Tempat Ketiga                :         Yasmein Bt Yuhaimi
Persembahan Terbaik   :         Nut Afrin Najat


Kategori lelaki :
Tempat Pertama           :         Imam Ahmad Bin Mohd Rizal
Tempat Kedua               :         Muhammad Harith Imtiaz Bin Mohd Nizam
Tempat Ketiga               :         Ahmad Basyir Bin Baharudin
Persembahan Terbaik  :         Imam Ahmad Bin Mohd Rizal
 



Wednesday, April 10, 2013

SENARAI GILIRAN PESERTA PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH-SIRAH RASUL

Assalamualaikum buat para guru, ibu-bapa dan adik-adik peserta Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul. Di sini, pihak produksi ingin memaklumkan mengenai senarai nombor giliran yang telah pun diundi oleh pihak urusetia. 

Sila semak dipautan yang telah disediakan. Selamat bertanding yea adik-adik! Jumpa di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Sabtu jam 9.00 pagi... :)


https://docs.google.com/file/d/0ByqFFJM1VPL3S294M1NCYTJ1TGc/edit?usp=sharing

PSS 7 April tampilkan konsep kemanusian dan Ketuhanan

LBSA sekali lagi menyusun agenda seni santai untuk warga Shah Alam untuk Program Pusat Seni Setempat (PSS) pada 7 April 2013.  Kali ini persembahan adalah berkonsepkan kemanusiaan dan ketuhanan. 

Lebih dari 200 pengunjung hadir untuk menyaksikan persembahan yang telah disusunkan oleh tenaga kreatif LBSA, antaranya ialah persembahan tarian dari Kumpulan Kesenian Shah Alam dan persembahan nyanyian dari residen artis Shah Alam bersama Kombo MBSA. 

Pada sesi akhir, pengunjung berpeluang untuk mempelajari cara bermain perkusi secara percuma bersama Shah Alam Drum Circle (SADC).