Wednesday, April 17, 2013

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul telah jangkaui 5 tahun!






Pertandingan Bercerita Sirah-sirah Rasul 2013 telah usai dilaksanakan pada 13 April 2013 di Plaza Shah Alam. Pertandingan ini merupakan kali kelima dan merupakan edisi terakhir selepas 5 tahun pelaksanaanya. Program tersebut berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Plaza Shah Alam. Ia turut mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.   
         
Pertandingan ini bertujuan melestarikan hubungan silaturrahim warga bandaraya Shah Alam. Ia bukan sahaja memberi hiburan yang berbentuk ilmiah malah ia memupuk rasa cinta tehadap para Rasul. Sementara itu, pertandingan ini adalah pemangkin dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta.

Pada kali ini penganjur menghadkan 40 orang peserta akhir yang terbaik sahaja yang mewakili sekolah atau daerah masing-masing. Peringkat saringan telahpun dibuat di sekolah dan daerah masing-masing. 

Sementelahan itu, orang ramai juga dihiburkan dengan penampilan maskot Aliff dan Anis dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), persembahan dari residen artis serta Kombo MBSA dan Kumpulan Kebudayaan Shah Alam (KKSA). Program tersebut telah dikemudi oleh 3 pengacara iatu Wan Nor Mazuani (Naib Johan Program realiti Solehah TV Al-Hijrah), personaliti TV9 iaitu Farah Adeeba dan turut dibantu oleh En Mohd Zulfahmee Ismail. 

Pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300.00, RM 200.00 dan RM150.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.  Pemenang saguhati membawa pulang sijil penyertaan dan hadiah iringan manakala pemenang bagi persembahan terbaik membawa pulang wang tunai RM 50.00 dan sijil penyertaan.  Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar bin Hj Mohd Atan.


Berikut merupakan nama-nama pemenang bagi Pertandingan Bercerita 
Sirah-Sirah Rasul 2013

Kategori perempuan :

Tempat pertama            :         Nur Ellysa Mu’izz Bte Mohd Zaini
Tempat Kedua                :         Nurul Farihah Bt  Khairul Fasilin
Tempat Ketiga                :         Yasmein Bt Yuhaimi
Persembahan Terbaik   :         Nut Afrin Najat


Kategori lelaki :
Tempat Pertama           :         Imam Ahmad Bin Mohd Rizal
Tempat Kedua               :         Muhammad Harith Imtiaz Bin Mohd Nizam
Tempat Ketiga               :         Ahmad Basyir Bin Baharudin
Persembahan Terbaik  :         Imam Ahmad Bin Mohd Rizal
 



No comments: