Tuesday, June 29, 2010

Minggu "Wild Card" D'Muzik@LB

Minggu Wild Card (undi masuk) bagi pertandingan nyanyian D’Muzik@LB yang bertempat di Laman Budaya telahpun lunas. Pemilihan wild card ini telah berdasarkan jumlah markah dan vokal para peserta di tiga siri yang sebelumnya.

Pertandingan bermula pada jam 4.00 petang dan sebanyak 11 orang peserta yang bertanding. Setiap peserta telah membawa sebuah lagu secara solo. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Jaharul Izuan Abd. Rahman yang membawa lagu Suratan atau Kebetulan, Armin Muji membawa lagu Terima Kasih Cinta dan Zairul Nadwan Zainudin membawa lagu Seragam Hitam. Konsert pengenalan akan menemui orang ramai pada 11 Julai ini di LBSA dan dijangka meriah!

Pengunjung juga turut dihiburkan oleh Kombo MBSA bersama residen artis MBSA iaitu Shelly dan Fatin berkonsepkan irama Pop yeh–yeh. Program D’Muzik@LB telah berakhir pada jam 6.30 petang dan lebih 270 orang pengunjung bersantai di program tersebut.

SELANGOR MUZIKAL EVTRAVAGANZA 2010


Saturday, June 26, 2010

Lebih 14000 orang jayakan kempen gerakan ilmu di Taman Tasik Shah Alam

SHAH ALAM 26 Jun – D.Y.M.M Sultan Selangor mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak menyalahgunakan ilmu yang dimiliki untuk tujuan yang boleh memusnahkan masyarakat serta merosakkan negeri ini.

"Beta ingin melihat rakyat negeri Selangor terus berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi dan berguna serta menggunakan ilimu sebaiknya dan bukannya disalahgunakan untuk memusnahkan masyarakat dan merosakkan negeri Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda sempena merasmikan Kempen Hari ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor.

Kempen Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kempen membaca di luar rumah yang terbesar pernah diadakan di negara ini dengan penglibatan lebih 14,000 penyertaan yang berlangsung di Taman Tasik Shah Alam.

Monday, June 21, 2010

PSS - Pop Etnik & Wasilah Cinta Gaza hiburkan lebih 600 pengunjung

Program Seni Setempat (PSS) yang bertemakan Pop Etnik turut membawa slot khas iaitu “Wasilah Cinta Gaza” sebagai satu luahan berbentuk seni persembahan. Program bersama MBSA dan JKKNNS pada petang itu sarat dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan.

Kumpulan Umbut Seni, The Propa dan Kumpulan Belia Selangor telah mempamerkan rampaian tarian yang bertenaga dan menghiburkan. Pendatang baru yang meningkat naik iaitu Syaz turut tampil dengan 4 buah lagu. Penggiat muda Andenn Hassan turut beraksi dengan bacaan dan lagu pusi untuk Gaza.

Sementelahan itu pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Nurazreen Roslee dan persembahan instrument clarinet. Gerak tari shuffle yang bertenaga oleh kumpulan Funka Fashion Junior juga telah menjadikan program bertambah meriah. Program PSS pada petang itu telah dihadiri lebih 600 pengunjung.

Monday, June 14, 2010

Rizu (OIAM) dan Rini (AF7) meriahkan D'Muzik@LB

Siri ketiga D'Muzik@LB (nyanyian) telah berlangsung pada semalam 13 Jun di LBSA. Seperti kebiasaan pendaftaran dibuat pada jam 4 petang. Pertandingan bermula pada jam 5.00 petang dan sebanyak 10 orang peserta yang bertanding dengan membawa sebuah lagu secara solo.

Pada minggu ini para pengunjung LBSA turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis baru Rizu (OIAM) dan Rini (AF7) yang turut beramah mesra dengan para pengujung.

Pengacara berpontensi Nani Saudiar telah mengumumkan 3 peserta yang layak ke peringkat akhir pada siri ini iaitu Muhamad Shah, Anuar dan Mohd Zaikhan. Hampir 300 pengunjung hadir ke program tersebut.

Saturday, June 12, 2010

"Music for Youth" gegar LBSA

Music For Youth (siri pertama) telah diadakan pada 6 Jun 2010 (Ahad) bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membawa lagu ciptaan sendiri dan telah diadili berdasarkan intonasi vokal, kebolehan mengendalikan instrument, kerja kumpulan dan persembahan.

Terdapat 6 buah kumpulan yang bertanding, antaranya adalah kumpulan Illustrasi telah membawa lagu Melintas Malam , kumpulan Hunterz membawa lagu Kembali , kumpulan The Dream membawa lagu Terus melangkah, kumpulan Udara membawa lagu Diam Tanpa Kata, kumpulan Kids Power membawa lagu Wanita Terindah serta kumpulan Reverb membawa lagu Aku Suka Kamu. Kumpulan Kids Power telah melayakkan ke peringkat akhir dan menjadi juara edisi pertama.

Program dimeriahkan lagi dengan penyanyi undangan Syahrul Muhammad (Juara D’Muzik tahun 2009) yang kini bergelar artis baru dan artis budaya dari Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MBSA, Fatin Syazana bt Rahmat. Program ini telah berakhir pada jam 6.30 petang. Jumlah pengunjung yang dianggarkan pada persembahan tersebut adalah seramai 270 orang. Tahniah kepada semua band yang bertanding!!!

Monday, June 7, 2010

Sekitar Program Pusat Seni Setempat (PSS) - "D'Muzik@LB"

“D'MUZIK@LB” (NYANYIAN)-30 Mei
Saringan kedua D’muzik@lb (nyanyian) telah berlangsung pada 30 Mei 2010 (ahad) bertempat di Laman Budaya Shah Alam.Setiap pesarta telah diadili berdasarkan intonasi vokal, sebutan lirik, persembahan ketrampilan dan tempo.

Peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Mohd Reezam, Ifzan Shahruddin dan Nur Audi Wajihah Mohd Razi.

Selain daripada saringan D’Muzik@lb (nyanyian) , program juga dimeriahkan dengan artis budaya daripada Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MBSA iaitu Mazlinshahili dan Fatin Syazana yang telah mendendangkan sebanyak enam buah lagu. Program D’Muzik@LB telah berakhir pada jam 6.30 petang dan kira-kira 270 orang pengunjung yang telah menyaksikan program ini.

“RITMA SHAH ALAM” (NYANYIAN)-18 April
Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang juri jemputan daripada Bahagian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan MBSA iaitu Azmi Arif Mohd Ali, Pungut Abd Rahman dan Mohamad Sharhan Syazwan. Peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Dayana Ahmad, Mohd Hakimi dan Nazrul Hakim.

Selain daripada saringan D’Muzik@LB (nyanyian) , Majlis juga menjemput penyanyi undangan Jaafar onn dan Rohana Jalil. Program D’Muzil@lb telah berakhir pada jam 6.30petang dan kira-kira 300 orang pengunjung yang telah menyaksikan program ini.

D’muzik@LB siri pertama telah pun berlansung(nyanyian)pada 18 April 2010 (Ahad) bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan bermula pada jam 5.00 petang dan sebanyak 10 orang peserta yang bertanding pada hari tersebut. Setiap peserta telah membawa sebuah lagu secara solo. Peserta yang layak keperingkat saringan bulanan ini berdasarkan ujibakat yang telah diadakan sebelumnya.

AKAR di LBSA

-Kemaskini-