Tuesday, June 29, 2010

Minggu "Wild Card" D'Muzik@LB

Minggu Wild Card (undi masuk) bagi pertandingan nyanyian D’Muzik@LB yang bertempat di Laman Budaya telahpun lunas. Pemilihan wild card ini telah berdasarkan jumlah markah dan vokal para peserta di tiga siri yang sebelumnya.

Pertandingan bermula pada jam 4.00 petang dan sebanyak 11 orang peserta yang bertanding. Setiap peserta telah membawa sebuah lagu secara solo. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Jaharul Izuan Abd. Rahman yang membawa lagu Suratan atau Kebetulan, Armin Muji membawa lagu Terima Kasih Cinta dan Zairul Nadwan Zainudin membawa lagu Seragam Hitam. Konsert pengenalan akan menemui orang ramai pada 11 Julai ini di LBSA dan dijangka meriah!

Pengunjung juga turut dihiburkan oleh Kombo MBSA bersama residen artis MBSA iaitu Shelly dan Fatin berkonsepkan irama Pop yeh–yeh. Program D’Muzik@LB telah berakhir pada jam 6.30 petang dan lebih 270 orang pengunjung bersantai di program tersebut.

No comments: