Thursday, June 28, 2012

Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan 2012

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dERTcHNsSjJ5bWZiMnplSktSS183VXc6MQ

Eksplorasi bakat sekolah hebat!

Eksplorasi bakat  telah diadakan pada 24 jun 2012 dan berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan bagi mengasah bakat dan pada masa yang sama secara tidak langsung dapat  membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Ia juga bertepatan dengan moto LBSA iaitu pentas seni untuk semua!
Antara sekolah yang telah terlibat dalam menjayakan program ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Mereka telah membuat persembahan band, tarian, nyanyian, bacaan puisi dan drum line.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam diwakili oleh kumpulan The Fulvous, kumpulan kelibat Makcik Maimun, kumpulan Laila And The  Nutterjacks, Muhd Muzammil, Nur Shafiqa Jamaludin, Bakhtiar Yusoff dan Mohd Ainuddin Isahak.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah telah membawa lagu dan puisi yang bertajuk “Seruan Perpaduan” dan Awan Nano tidak ketinggalan juga wakil pelajar Nur Jannah dan Mohd Nazreen Fahmie masing-masing membawa lagu Terukir Di Bintang dan Anak Kampung. Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah juga mempersembahkan lagu dan puisi yang bertajuk “Citra Perpaduan”.
Program ini telah diakhiri dengan persembahan yang bertenaga oleh kumpulan Drum Line oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah.
 

 Kumpulan Laila & Nutterjacks
 
 Persembahan SMK Pulau Indah
 
 Persembahan bertenaga drumline
 

 Persembahan SMK Dato Hamzah
 
 

Friday, June 22, 2012

Program Simfoni Ilahi hiburkan pengunjung

Bersempena dengan Israk Mikraj satu program yang berkonsepkan Islamik telah diatur oleh tenaga kreatif MBSA pada 17 Jun lalu, program yang dinamakan sebagai Minggu Simfoni Ilahi telah berjaya menarik lebih 400 pengunjung ke Laman BUdaya Shah Alam. Pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan antaranya persembahan gerak tari dari Kumpulan Kesenian Shah Alam, persembahan bercerita yang telah disampaikan oleh adik Haikal yang bertajuk Nabi Ayub A.S.
 
Lebih meriah apabila LBSA bergema  dengan persembahan yang memukau oleh para pelajar dari Sekolah Rendah Seksyen 27, Shah Alam. Merekam mempersembahkan alunan marhaban dan nasyid. Sekolah ini telah mendapat Johan bagi Peringkat Daerah Petaling untuk persembahan Marhaban dan nasyid.

Persembahan puisi oleh Ustaz Wan Amran yang bertajuk “Lara Di Ukir Senja” serta bacaan puisi oleh Kuars Azman turut memukau para pengunjung LBSA dengan keindahan bait-bait lirik puisi. Tidak ketinggalan juga persembahan puisi oleh adik Haziq, Nur Ain Batrisyah dan Nurisah. Dalam pada itu juga,  artis nasyid tempatan iaitu Kumpulan Hufaz dan penyanyi Rini (AF) turut menghiburkan para tetamu. Tirai Minggu Simfoni Ilahi ditutup dengan penampilan istimewa oleh Imam Muda Nazrul.
 

 
Imam Muda Nazrul dengan cermah motivasi yang mempersonakan
 
Persembahan Marhaban
 
Persembahan Nasyid
 
Tarian oleh KKSA
 
Penuh penghayatan bacaan puisi oleh Ustaz Wan Amran
 
Gabungan 3 suara, bacaan puisi oleh adik-adik cilik
 
Puisi yang meruntun jiwa oleh Kuars Azman
 
 Kisah Nabi Ayub itulah yang diceritakan oleh adik Haikal
 
Nyanyian oleh Rini (AF)

HIFA 2012 gamatkan LBSA!

Program Hari Industri Fakulti Muzik UiTM (HIFA) 2012  yang dianjurkan oleh Fakulti Muzik UiTM bersama MBSA telah pun selesai pada 10 Jun 2012 di Laman Budaya Shah Alam.  Tujuan program tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara akdemik dan industri ke tahap yang lebih tinggi serta memberi informasi mengenai industri muzik tanah air melalui pelbagai pihak industri dan sektor.  Program ini mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai mengisi slot program Pusat Seni Setempat (PSS).
 
 
Program tersebut turut melibatkan pihak industri dan pelbagai organisasi dalam bidang muzik melalui pameran, penjualan produk dan dialog bersama pelajar, pensyarah dan orang awam.  Antara syarikat dan agensi muzik yang terlibat dalam program tersebut adalah Dewan Filharmonik Petronas, JS Music, MOKABA Entertainment, Pianotec Music Centre, MyIPO, Maya Axis Creative Sdn Bhd, Central Market dan Warner Music. Dalam pada itu, Syarikat Yamaha Music Malaysia telah memberi penerangan tentang kerjaya muzik di syarikat tersebut manakala Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerangkan tentang Dasar Industri Kreatif Negara yang mampu membuka ruang dan peluang kepada generasi muda untuk berkarya sekaligus membuka peluang untuk mengeksport produk ke pasaran  dunia. 
 
 
Program tersebut juga telah diserikan dengan kehadiran penyampai radio HotFM iaitu Chad yang telah membuat aktiviti bersama pengunjung. Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan istimewa dari kumpulan Awan Band (artis Warner Music Malaysia), Fify (OIAM), Ana Syuhada (Mentor 6), kumpulan Twinnies, Almanina, Kamil Ishak Trio, kumpulan Perimeter Breach, kumpulan Second Whisper (artis Interglobal Music), kumpulan The Nose dan kumpulan Wak Long yang kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar dari Fakulti Muzik UiTM.
 
 
Secara keseluruhan program tersebut telah berlangsung dengan jayanya selaras dengan matlamat program tersebut dan berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung hadir.

Tuesday, June 5, 2012

Showcase MBSA dan MPK ceriakan Jun!

Program Pusat Seni Setempat telah dijalankan dengan meriahnya pada 3 Jun 2012 (Ahad) di Laman Budaya Shah Alam bermula 5 petang sehingga 7 malam. Pada kali ini satu Showcase istimewa iaitu persembahan Kombo MBSA dan MPK bergabung untuk menghiburkan para pengunjung.
 
Kombo MBSA telah menampilkan penyanyi jemputan Mimi yang telah menyampaikan lagu-lagu Kesal, Sebelah Jiwaku, Biar Sampai Ke Bintang. Artis baru yang sedang mencipta nama iaitu Syahz turut mebuat persembahan dengan membawa lagu-lagu sperti Bila Resah, Kenangan Terindah dan Nakal.  Mereka juga telah berduet dengan menyampaikan lagu Ombak Rindu.
 
Kemeriahan turut dirasa dengan persembahan istimewa oleh Kombo MPK (Majlis Perbandaran Klang) yang menampilkan dua orang penyanyi mereka serta pelawak terkenal, Khairul Azhar.
 
 Juruacara yang santai Khairul Azhar dan Nani Saudiar
 
 Persembahan oleh penyanyi MPK

 Berkolabrasi Syaz dan Mimi

Pelantun vokal dari MPK

Sisipan PSS edisi 20 Mei

Program PSS edisi 20 Mei telah diserikan dengan persembahan Kombo MBSA dengan menampilkan penyanyi jemputan Mimi yang telah menyampaikan lagu Jedela hati, Ingkar, Ilusi dan  Ku gembira disamping mu. Kombo MBSA terut menampilkan penyanyi baru Syahz dengan membawa lagu Raikan Cinta, Noktah Cinta, Inikah Cinta dan Single terbaru beliau.


Warga Laman Budaya terut dihiburkan dengan bait-bait puisi yeng bersahaja di sertakan dengan nyanyian oleh kumpulan Mahakarya Shah Alam. Acara kemuncak, Warga Laman Budaya diberi peluang untuk mempelajari cara untuk bermain perkusi atau dikenali sabagai Shah Alam Drum Circle yang telah dibawa khas untuk para pengunjung.
 
 Mimi dan Kombo MBSA
 
 Kombo MBSA
 
 Syahz dan Mimi
 
 Kumpulan Mahakarya Shah Alam
 
 Paduan vokal oleh Mahakarya Shah Alam
 
Juruacara Azrizan diapit oleh penyanyi jemputan Syahz dan Mimi