Bersempena dengan Israk Mikraj satu program yang berkonsepkan Islamik telah diatur oleh tenaga kreatif MBSA pada 17 Jun lalu, program yang dinamakan sebagai Minggu
Simfoni Ilahi telah berjaya menarik lebih 400 pengunjung ke Laman BUdaya Shah Alam. Pelbagai
persembahan yang menarik telah dipersembahkan antaranya persembahan gerak tari
dari Kumpulan Kesenian Shah Alam, persembahan bercerita yang telah disampaikan
oleh adik Haikal yang bertajuk Nabi Ayub A.S.
Lebih meriah apabila LBSA bergema dengan persembahan yang memukau oleh para pelajar dari Sekolah Rendah Seksyen 27, Shah Alam. Merekam mempersembahkan alunan marhaban dan nasyid.
Sekolah ini telah mendapat Johan bagi Peringkat Daerah Petaling untuk persembahan
Marhaban dan nasyid.
Persembahan puisi oleh Ustaz Wan Amran yang bertajuk “Lara Di Ukir Senja” serta bacaan puisi oleh Kuars Azman turut memukau para pengunjung LBSA dengan keindahan bait-bait lirik puisi. Tidak ketinggalan juga persembahan puisi oleh adik Haziq, Nur Ain Batrisyah dan Nurisah. Dalam pada itu juga, artis nasyid tempatan iaitu Kumpulan Hufaz dan penyanyi Rini (AF) turut menghiburkan para tetamu. Tirai Minggu Simfoni Ilahi ditutup dengan penampilan istimewa oleh Imam Muda Nazrul.
Imam Muda Nazrul dengan cermah motivasi yang mempersonakan
Persembahan Marhaban
Persembahan Nasyid
Tarian oleh KKSA
Penuh penghayatan bacaan puisi oleh Ustaz Wan Amran
Gabungan 3 suara, bacaan puisi oleh adik-adik cilik
Puisi yang meruntun jiwa oleh Kuars Azman
Kisah Nabi Ayub itulah yang diceritakan oleh adik Haikal
Nyanyian oleh Rini (AF)
No comments:
Post a Comment