Program Hari Industri Fakulti Muzik UiTM (HIFA) 2012 yang dianjurkan oleh Fakulti Muzik
UiTM bersama MBSA telah pun selesai pada 10 Jun 2012 di Laman Budaya Shah
Alam. Tujuan program tersebut adalah
untuk menjalinkan kerjasama strategik antara akdemik dan industri ke tahap yang
lebih tinggi serta memberi informasi mengenai industri muzik tanah air melalui
pelbagai pihak industri dan sektor. Program
ini mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai mengisi
slot program Pusat Seni Setempat (PSS).
Program tersebut
turut melibatkan pihak industri dan pelbagai organisasi dalam bidang muzik
melalui pameran, penjualan produk dan dialog bersama pelajar, pensyarah dan
orang awam. Antara syarikat dan agensi
muzik yang terlibat dalam program tersebut adalah Dewan Filharmonik Petronas,
JS Music, MOKABA Entertainment, Pianotec Music Centre, MyIPO, Maya Axis
Creative Sdn Bhd, Central Market dan Warner Music. Dalam pada itu, Syarikat
Yamaha Music Malaysia telah memberi penerangan tentang kerjaya muzik di
syarikat tersebut manakala Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK) menerangkan tentang Dasar Industri Kreatif Negara yang mampu membuka
ruang dan peluang kepada generasi muda untuk berkarya sekaligus membuka peluang
untuk mengeksport produk ke pasaran
dunia.
Program tersebut juga
telah diserikan dengan kehadiran penyampai radio HotFM iaitu Chad yang telah
membuat aktiviti bersama pengunjung. Para pengunjung juga
turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan istimewa dari kumpulan Awan
Band (artis Warner Music Malaysia), Fify (OIAM), Ana Syuhada (Mentor 6),
kumpulan Twinnies, Almanina, Kamil Ishak Trio, kumpulan Perimeter Breach,
kumpulan Second Whisper (artis Interglobal Music), kumpulan The Nose dan
kumpulan Wak Long yang kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar dari Fakulti
Muzik UiTM.
Secara keseluruhan
program tersebut telah berlangsung dengan jayanya selaras dengan matlamat
program tersebut dan berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung hadir.
No comments:
Post a Comment